Followers

welcome !

Wednesday, May 11, 2011

cerita DULU,KINI & SEKARANG !

assalammualaikum & halu guys ..

kalau belum gi join dulu .
dah join ? meh baca entry ni . :D

aku start dengan masalah kenaikan harga gula . sekarang ni semua orang pun sibuk cakap pasal harga gula . babah aku balik keja semalam pun bagitau mama aku harga gula dah naik . *mestilah bagitau kan mama aku berniaga makanan .
tapi kerajaan melarang peniaga naikkan harga kuih . ehe ! tau harga gula naik terys la makcik2 jual kuih ni nak naikkan harga kuih dari 40sen ke 50sen . woo! mahal tu . ehe! nasib baik mama aku ta berniat nak naikkan harga kuih dia . ala naik 20sen je kan ? . hehe .

cuba korang ingat balik . makin lama harga barang dah makin naik kan ? hm . 
dulu 1 sen boleh beli sayur yang segar segar . sekarang 1sen dah tak pakai lagi . nak kena hempuk ke kau beli sayur bayar 1sen . ehe !

kalau harga barang makin naik mesti harga makanan pun akan naik .

kalau dulu ..
masa aku comel2 (macam biasa sekarang pun masih lagi :p) kecik2 aku belanja kat sekolah baru 0.50 . betul? korang ingat aku takley survive ke dengan 50sen tu . aku boleh beli mee goreng satu , air oren satu . perrrgghh ! siap boleh simpan 10sen lagik dalam tabung okey .
yela aku bukan orang kaya yang boleh belanja kat sekolah RM1 sehari . hehe 

sekarang ..
sekarang ni harga barang pun dah naik so harga makanan pun dah naiklah . kuih yang dulu jual 25sen sekarang dah 40sen tau . dulu nasi lemak jual 50sen besar ja . sekarang 50sen punya nasi lemak dah susah nak carik . kalau ade pun punyala ciput ! makan satu tak boleh jadi alas perut ok! . ehhe . budak2 sekarang pun belanja sekolah dah makin tinggi dah . dulu naik sekolah menengah RM2 je sekarang ni sampai rm10 sehari . okey adik aku RM4 je . hehe :D . ada macam2 jenis keropok yang dulu 10sen satu sekarang dah jadi 40sen ke 30sen . (tapi kira okey la . so budak2 takyah makan makanan ringan lagi ) hehe ..

akan datang ..
korang agak lah kan ?kerajaan akan terus naikkan harga barang tak ? hmm . aku rasa macam 'ya' . alah . kalau macamtu semakin susah la hidup nanti . dah la penduduk kat malaysia yang miskin tegar masih ramai lagi . so camna nak realisasikan hasrat negara menaik tarafkan kehidupan masyarakat miskin kat negara ni  ? (wa . aku dah pandai main politik sekarang) ehe !
korang bayangkanlah ek kalau kenaikan harga barang terus berlaku sampai akan datang . fuhhh! mau Rm50 belanja budak sekolah sehari . lepastu nak beli kuih je belanja RM10 untuk dua biji kuih . waa! hidup ke korang macamtu . ehhe .. nak gi tandas je sekarang dah ada naik 50sen . so nanti ramai la yang ada harapan na dapat penyakit batu karang . jangan buat muka pelik(bak kata nabil kan :) ) nampak macam takde kena mengena kan ? cuba korang pikio kalaulah harga nak masuk tandas je sorang RM2 . korang nak masuk ta? aku tak ! gila mahal . haha . so akan ramai la yang tahan air kencing . so ni maksudnya ramailah yang ada harapan besar dapat sakit batu karang . aiss .. nauzubillahiminzalik ! mintak jauh la .. ehhe

so aku harap kerajaan kena PRIHATIN jugak dengan rakyat . bukan semua dari golongan yang mampu . kan ? betul tak adik2 . 

(TOLONG JANGAN SAMAN SAYA . SAYA TAK ADA DUIT NAK BAYAR SAMAN)
hehe .. ni just pandangan aku je .(takut dah ni ) :D


THANKS FOR READING !

jom undi susu kegemaran korang 
Post a Comment

nf