Followers

welcome !

Monday, May 30, 2011

jom tengok korang masa kecik kecik dulu .

assalammualaikum & heyy ..

jom sama sama tengok korang dan aku masa kecik kecik dulu .
aku malas na cite pasal korang suka kencing dalam seluar masa kecik kecik dahulu .
*ta baik aibkan orang . hehe 

aku na cite pasal game extreme masa kecik kecik dulu .
yeah! masa aku comel2 .(em macam sekarang :p)

yang paling best aku duduk kat kampung kira aku ni budak kampung . semua game yang aku na cite ni pun game yang selalu budak kampung main . budak bandar ta tahu lak ek main apa .
main kat playground kot . pergi sunway lagoon + wetland + lost world of tambun ++ . pergi time square + genting and  etc . hee . main smua moden2 + berbayar . kan? *maybe lah aku ta tahu

aku bila ingat balik masa zaman kecik kecik dulu mesti aku rasa best sebab masa tu aku boleh main apa je yang aku suka (yela masih suci lagi kan) haha . naa.. dont make any 'kontroversi' here :p 
sama je cam korang kan ? dulu pun mesti penah main mainan cenggini .. :D

ce usha . ce usha 


1. POLICE and THIEF
ni kira game pevret kiterwang . kalau cousin cousin datang gi kumpul umah atuk mesti kiterwang main POLICE and THIEF ni .memandangkan pulak halaman rumah atuk aku agak luas untuk kiterwang lari lari+kejar mengejar . tapi kiterwang kejar2 tak seromantik cite HINDUSTAN la . kiterwang ta main guling guling . aaa .. paling best + membawa kepada gelak bila ingat balik ada one of my cousin yang main sampai nangis nangis sebab asik 'jadi' je . hee 


2. ICE WATER
game ni lebih kurang cam game POLICE and THIEF tapi yang ni permainan yang mencabar sikit .sikit jelah . hee . tau kenapa ? sebab siapa yang disentuh oleh yang 'jadi' kena stop bergerak and freeze macam ais . kalau gerak dia pulak yang kena kejar orang ('jadi') .

3. MAIN BALING SELIPAR
ni kira game yang agak ekstrem la jugak . mahu sakit sakit badan + darah darah main benda alah ni . haha . dahsyat ta ? haritu tengok upin ipin main baling selipar terus teringat ." na main lagi" haha . sapa aku na ajak? budak2 sekarang susah an jumpa yang main game2 camni .

4.  BATU SEREMBAN
game ni ramai yang anggap permainan budak perempuan . ceit ! dulu2 ade je budak laki main game ni .game in list permainan tradisional melayu . ada jugak generasi sekarang yang lansung ta tahu apa permainan batu seremban ni . hais .. main batu seremban ni alatsulit utamanya ialah batu . tapi ade jugak yang bungkus batu2 kecik tu dalam kain and balut . ikut korang la .

5. TENG TENG
aha! ni satu lagi game yang best bagi aku . apa ni ? alaa. game yang lompat lompat dari petak ke petak yang ada ditulis nombor tu . pastu bila dah abis satu round game dah boleh baling batu sambil tutup mata . kat mana batu tu landing kat situ lah kira 'rumah' yakni bila lompat sana boleh letak dua kaki .
aha! sounds like ape la game ni kan ? tapi ni lah yang salu kiterwang buat masa kecik2 dulu

6. HIDE and SEEK
ni kira game yang paling popular masa kecik2 . duduk lak area kampung kan ? memang best ar banyak tempat nak nyorok . haha .. kalau jadi tukang 'seek' ar paling naya . haih . aku ta suke tol jadi tukang 'seek' . penat ! kalau nyorok best . duk diam je . tunggu orang jumpa . 
tapi lepas makcik makcik kat kampung ni cite yang ada budak main nyorok nyorok kena sorok dengan hantu susu terus kiterwang takut na main benda alah tu . haha .dengar cam aii tak logik giler . yela time tu kecik agi kan . percaya je cakap orang .

bila dah jadi kreatif kiterwang mula main

7. PONDOK-PONDOK
aku kan ada ramai kazen .*thanks to my atuk+nenek sebab hadiahkan cucu yang ramai . hahah *paham je lah
so ramai2 ni best na main pondok2 . kiterwang selalu main kat tepi rumah atuk . macam2 kiterwang buat . mula2 start guna rumah kotak . which is guna kotak kasut yang dah tak pakai . pastu buatlah perigi and macam2 lagi . haih . senyum je bila ingat . 

dah maju+moden sikit kiterwang main ni plak

8. BASIKAL keliling KAMPUNG
haha . bila seorang dah ada basikal semua pun nak .  mak bapak ta sampai la hati kan tengok anak buat muka kesian je bila nampak kawan kawan lain main basikal waktu petang  so diorang belikanlah basikal utk anak2 diorang ni . haha . basikal pertama dalam hidup aku basikal warna biru . dah lama tu pandai lak modify basikal sendiri . haha .. pastu selalu lak main lumba lumba basikal lawan siapa sampai dulu . keh3 . aku terror tau part2 ni . fevret .. yang paling aku ingat kaki aku pernah koyak sebab kena makan rantai basikal .perggh ! sakit toksah cakaplah kan . hehe . tu ar nakal sangat .

9. LUMBA SKUTER
skuter ?? budak pun main skuter ke ? hee . ni skuter untuk budak2 la . korang tahu kan yang mana?
haa . jalan depan rumah la jadi saksi kejuaraan aku dalam lumba skuter antara kazen . haha . poyo je .



annd  .. banyak lagi sebenarnya permainan dulu dulu yang aku salu main . rasa rindu na jadi budak budak balik . *jadi budak2 ta perlu fikir apa apa masalah besar . hidup tau na main je . haih .:')

APA GAME FAVRET KORANG MASA KECIK2 ??
meh la share ngan aku .:D

p/s : keep myself busy . 

THANKS FOR READING !

Friday, May 27, 2011

isu makanan halal+haram . PENTING !

assalammualaikum & hey ..

isu makanan halal dan haram kat MALAYSIA dah makin hebat dah . aku pun takut jugak na makan apa2. kan dah jadi was was dan jatuh haram tu  . hais~ 

yang aku kurang senang jugak lepas isu meatball ikea tidak halal tu banyak pulak makanan lain yang ta halal . adoii . pe nii??? *bengang sikit kat situ ye . sebelum ni tak heboh cmni pulak kan . 
yelaa .. kekadng manusia ni suka besar besarkan cite kan ? ..

anyway .. kalau korang rasa tak tahu halal ke haram korang check la dulu kat PORTAL HALAL MALAYSIA .. baru heboh kat orang k . ni buat orang gelabah je . :D 
*tak marah . nasihat je .hehe

(yang lain tu aku ta tahu . korang tanya terus ke pejabat diorang la .hee)


tapi makanan yang MEMANG HARAM DI DALAM AL-QURAN  tu memang dah tak ley nak dipersoal okey :D


THANKS FOR READING !
blog lucah pun dikira HARAM okey .

ceritera NUFFNANG.COM -backline-

assalammualaikum & hey ..

mood : masih dalam keadaan biru and bila2 masa ja aku boleh bertukar jadi INCREDIBLE HULK .

okey .as korang tahu NUFFNANG one of tempat pengiklanan yang berbayar . maksudnya kalau korang iklankan iklan diorang korang akan dapat duit daripada hasil iklan yang korang iklankan tu la .*berapa banyak iklan laaa ..

aku dapat lah jugak rezeki sikit sikit daripada NUFFNANG ni . so aku pun rajin jugak antar tiket wayang free pertanyaan blogger kat dia . aku tanya macam macam soklan pasal NUFFNANG .

baru baru ni aku tengok iklan mCPM yang aku dapat sikit je . so aku wonder cmne cara dapatkan iklan mCPM banyak banyak macam sesetengah blogger . so aku tanya NUFFNANG .

dia cakap aku kena naikkan traffic blog . so aku usha kat MR.GOOGLE camne cara tingkatkan traffic di blog ? pastu aku jumpa banyak tips . and salah satu tips yang beriban tu ialah BUAT BANYAK BACKLINE . backline ni ialah perkataan penting yang di bold kan blogger supaya boleh dicari melalui MR.GOOGLE ta paham ? buat2 paham la ye . aku usha2 hasil traffic blog aku memang sahlah backline ni berguna . moh tengok sama

hasil KATA KUNCI yang sampai ke blog aku selepas orang orang cari di google.com

minggu ni .

minggu lepas.

bulan lepas ..


ce usha2 satu2 . kebanyakkan diorang carik pasal keputusan UPU . keputusan rayuan IPTA .keputusan POLITEKNIK . kehidupan di UPNM

TIPS BLOGGING .
buat tajuk entry + backline yang orang akan tertarik,orang akan selalu cari atau orang tengah perlukan .

*ada juagk yang search cerita 18sx . awek bogel la ...etc .. aish . korang . ingat blog aku blog lucah yang menarik ke ?? haih ! aha.



THANKS FOR READING !




Thursday, May 26, 2011

shoutbox .. perlu ke tak ?

assalammualaikum & hey ..

shoutbox ? ala benda yang selalu sorok2 kat tepi kanan kiri atas bawah tu .. ada jugak yang letak kat tepi je tanpa sorokkan . aku punya ? hee , tu ha yang belah kanan ni .. nyorok sikit .

apa pentingnya shoutbox?
bagi aku shoutbox ni penting untuk blogger yang dah singgah ke sebuah blog ni untuk TINGGAL JEJAK . macam2 lak ayat diorang guna bila dah tinggal jejak tu . ada yang ala sopan sikit dia cakaplah assalammualaikum .datang sini ye  . ada lak singgah sini . ada jugak yang nakal2 tu cakap gini guling guling . lompat lompat . haha .. macam2 ada . aku tak kisah je pe yang korang nak letak kat sana .

iklan di shoutbox ?
kebanyakan blogger akan ping new entry kat shoutbox blogger lain . selain iklan kan new entry kat comment cara ni berkesan jugak . kalau tajuk menarik rasanya orang nak baca la kot . ni pun salah satu cara untuk naikkan traffic blog .tapi yang tak best tu ada jugak yang amik kesempatan buat link terus ke iklan berbayar . men tipuu . haha . ta baik no buat cmtu .. taip singgah sini . tapi bila klik masuk lak kat iklan berbayar tu . okey . FINE ! suka hati korang la ye .

anonymously di shoutbox?
ha . part ni . ramai je yang guna anonymously untuk hentam blog orang . huh.. tak baik korang .. agak kuang hajak jugak lah ye . kalau aku kena cmtu rasa nak lempang lempang sopan je orang yang penakut cmtu .lain kali kalau nak comment blog orang or nak cakap kekurangan kat blog someone guna lah nama yg betul yang boleh di linkkan ke blog korang . so apa2 boleh runding kan . and lagi satu gunalah ayat yang sopan .cuba bayangkan kalau korang yang kena camtu . tak korang naik hantu jugak .? 

shoutbox di blog OTAI
kebanyakan blog otai takde pakai shoutbox . tu yang aku tengok lah . tapi ada jugak blog OTAI yang pasang widget shoutbox tu . 

bagi aku shoutbox ni ikut suka korng la nak letak ke tak . BLOG KORANG HAK KORANG . ye dak ?



THANKS FOR READING !

UPNM . civillion to cadet officer . serius!

assalammualaikum & hey .

semalam ada kawan bagitau ada panggilan daripada UPNM untuk menjadi pegawai kadet .
maksudnya banyak jugaklah pelajar yang mendapat tawaran menjadi pelajar awam UPNM diberi peluang menjadi pegawai kadet UPNM  .

dengan syarat lepas LEMBAGA AKHIR ! 
aku ? sah2 la ta dapat sebab tak lepas tinggi . ok FINE!
aku na tahu la ye budak yang dapat U lain tapi lepas lembaga akhir ada harapan tak ?

pada korang yang dapat CONGRATS la ye ..

p/s : dah doa . apa yang jadi aku anggap tu yang terbaik . :)

THANKS FOR READING !

Tuesday, May 24, 2011

follower ? ehmm . :|

assalammualaikum & hey . 

FOLLOW then UNFOLLOW .
dah dua kali jadik kat BLOG aku . okey !

asal ek ? tak kisah kalau dia tak suka the way aku berblog . tapi tinggal2kan lah wasiat sebelum pergi . kan ? sekurangnye pe yang kurang ditambah . 

ke UNFOLLOW sebab aku tak FOLLOW dia balik ?

biarlah .. siapa aku nak sruh orang follow . kualiti entry pun tah pape !

THANKS FOR READING !

Thursday, May 19, 2011

fakta+auta menarik untuk korang tahu :D

assalammualaikum & haluu semuaaaa :D

FAKTA MENARIK ?
memang menarik .. good jugak kalau korang tau kan ?

setiap orang ada tebiat + tabiat mereka sendiri . aku nak bagitahu fakta tak menarik lansung perempuan ni




-izzatul hazwani binti cheman-



keh3 .. jangan terkejut dengan muka yg comel tah pape tu .
hee . dah terang tak yah nak suluh suluh aku nak buat entry pasal fakta+auta menarik pasal pompuan tu laa~~

ops.. janganlah keluar dulu . aku penat2 buat tuk  korangs . :D

okey2 .. aku cite ek :)

TAHUKAH ANDA?
  1. aku merupakan purple lover ! kalau boleh semua harta benda aku nak purple
  2. colour fevret sampingan lak baby blue .
  3. aku sangat la suke ngan 'tikus' hee .. bukan tikus rumah, tapi mickey mouse yang comel + hamster yang comel2 tu . (tapi takley nak bela)
  4. aku sangat suka aktiviti lasak even aku ni penakut sikit . hee~
  5. aku suka aktiviti yang sangat extreme dan bermula ditempat tinggi macam bungy jumping,flying fox,climbing rock even aku adalah salah sorang yang fobia dengan ketinggian . cmna tu ?
  6. aku lak salah satu hamba ALLAH yang berdosa sangat suka berjalan walaupun menda alah tu memenatkan . kat sini tiap minggu aku ajak ayah aku keluar . (kalau boleh hari2 aku nk jalan jalan)
  7. aku sangat suka makan .
  8. aku boleh makan dengan berterusan walaupun dah kenyang tapi dengan syarat makanan tu sedap (lelebih lagi fevret food aku) *sebab tu aku makin comel sekarang . kah3
  9. *yang ni aku baru perasan . bila aku ngah frust or sedih aku suka dengar lagu (pembetulan : layan lagu) tapi aku tak nyanyi aku just in silent mood *kalau aku dengar lagu + melalak tu maksudnya otak aku ngah okey la tu cume kurang centre . hee
  10. aku ni seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis jika DITEGUR+DIMARAHI oleh orang yang terdekat
  11. tapi aku gak boleh jadik seorang yang tiada perasaan  bila kena tegur ngan orang yang aku KURANG KENAL .(bila kena marah dengan cikgu pun aku boleh sengih lagi)
  12. yang ni fakta memalukan tapii apa aku kesah . hee~ aku seorang yang sangat MALAS mengemas rumah .
  13. aku sangat fobia dengan minyak masak yang tengah panas . so aku akn cuba sedaya mungkin untuk tidak menggoreng even mama aku selalu suruh buat . =="
  14. mood aku akan berubah dengan serta merta kalau salah satu anggota badan aku terkena minyak masak yang boleh menyebabkan melecur
  15. bagi aku tidur dengan memakai baju lengan panjang adalah lagi best dari tidur dengan baju lengan pendek atau tidur tak pakai baju . keh3
  16. aku seorang yang mudah untuk dikejutkan bangun tidur waktu subuh even aku baru tidur sejam
  17. aku sangatlah susah untuk bangun kalau aku tidur lepas subuh . so sesiapa yang try kejutkan aku daripada tidur akan mengalami gangguan mental buat seketika sebab aku just akan golek2 and pejam mata balik .(kecuali kalau aku ada hal haritu)
  18. aku suka jadi berani kalau semua orang takut =="
  19. korang akan anggap aku ni pemalu+budak baik masa first kenal aku and bila dh lama kenal korang akan anggap aku ni sangat hyper+nakal yang membawa kepada perasaan menyesal sebab kenal aku.kah3
  20. aku tak boleh simpan rasa sedih + sakit hati aku sorang2 . so kalau aku tak cakap kat family +  kawan2 aku.aku mesti tulis kat kertas+diary atau taip kat phone :D
  21. aku suka berangan sebelum tidur and benda tulah yang buat aku hilang rasa ngantuk . hampeh=="
  22. aku suka tuang air sejuk satu gelas penuh tapi minum just 2 3 teguk je . hee
  23. aku ialah peminat burger BIG MAC ,MC DONALDs
  24. aku takkan boleh tidur kalau lampu terpasang sedangkan waktu kecik2 dulu aku sangat takut dalam gelap
  25. aku selalu rancang nak beli tu nak beli ni tapi bila dah ada duit aku akn pikio lagi nak beli o tak and lepas pusing2 aku nekad tapelah . lain kali :D
  26. aku sangat la bengang kalau orang yang aku percaya backstab aku .!
  27. aku paling ta suka dengan orang yang belagak bagus :)
  28. aku suka usap bulu kucing tapi tak suka kalau kucing tu yang pergi kat aku . and aku tak reti+takut nak angkat kucing . hee
  29. aku paling suka korang baca benda ni sampai habis . hee
CUKUP LA tu. ada bnyak gi nak cakap tapi tengok muke korang cam agak2 nak keluar je kan .so aku stop sini je lah . hee~


so korang camana lak ? pe tebiat korang ? :D

"LIFE IS SHORT . NOTHING CAN STOP YOU"
korang agak mendalam tak maksud dia . keh3

p/s : and now ! aku paling tak suka menunggu .. ehe! cepatla ...*sesiapa yang berkenaan ek :D

THANKS FOR READING !


Wednesday, May 18, 2011

BLACKBERRY USERS ! -read this!-

assalammualaikum & hey korangs .

-entry pendek-
tekanan perasaan kejap sebab follower punya side disappear tetibe :|

pada semua BLACBERRY USER atau nama moden dia BB yang tak tahu gi more about blackberry

see in action guys ! :D

yang teringin nak ada blackberry pun boleh usha sana gak !
jangan menyesal :)

THANKS FOR READING !

NUFFNANG vs ADVERTLETS -wajib tahu-

assalammualaikum and haluuu korangs ..



VS


ramai user NUFFNANG yang dah nak bertukar ke ADVERTLETS sebab BE dah tak masuk2 or lama dah tunggu BE tapi tak dapat dapat jugak . okey! chill out bebeh :D

aku lak NUFFNANG user and so far so good . even ta banyak sangat la dapat iklan mCPM tu tapi kira okey la . berblog bukan sebab tu . hanya sampingan :D

and ada jugak yang cakap NUFFNANG tak kisah kalau kita letak iklan ADVERTLETS kat blog sebab kira diorang ni kamceng ! and now aku nak cakap FAKTA ITU SANGAT TAK BETUL . hee~

aku dah hantar tiket wayang ke NUFFNANG tentang masalah tu and NUFFNANG jawab cenggini aa

"amboi..banyak cantik hang ingat kiterwang adik beradik + sepupu sepapat ! ta boleh . jangan nak memandai aaa" 

haha ! tadelah .. NUFFNANG cakap cemni aa

"Kindly be informed that Advertlets is our competitor and will affect your Glitterati membership should their ads are found in your blog."

soo ade paham adik2 . akak2 . abang2 :D

NUFFNANG ke ADVERTLETS sukahati korang la k :D


p/s : if korang nak join nuffnang.com boleh KLIK SINI :D

THANKS FOR READING !
selamat berbelog 




cikgu aku best ! :D

assalammualaikum & hey korangs .

p/s : sorry for entry jiwa aku semalam semalam tu . hehe .biasalah aku pun manusia jugak ..:D

as yang kita tau semalam 16mei2011 is sambutan HARI GURU .
memandangkan semalam aku not in mood yang membawa kepada ENTRY MENGARUT NIE 
so aku takde mood jugak nak buat entry penghargaan untuk cikgu cikgu aku yang tersayang  . hee!
*ce bodek siket :D

sekarang aku dah 18sx tahun . hmm . no no no! bulan 8 ni batu 18 . hehe .
aku dah lepas dah zaman sekolah . aku pun dah ada cite kat korang pasal aku zaman muda2 dulu . hehe . tak baca lagi ? nak baca ? meh usha sini

so sepanjang aku duduk kat sekolah mesti ada cikgu yang always ajar aku step by step . diorang gak selalu marah aku+denda aku+ belasah aku hehe .. maap cikgu . im too stuborn .. tapi nakal nakal aku aku selalu tolong cikgu tau . haha :D 

kenangan zaman sekolah memang susah nak lupa :) 
to sweet for me .

so i wanna THANKS all of them .

TADIKA KEMAS KAMPUNG BEBULOH (1998-1999)
tempat first aku timba ilmu . masih budak2+comel lagi :D

CIKGU NORAINI 
-cikgu aku masa tadika. yang ajar aku how to read ABC & 123-
*masa tadika aku selalu dapat nombor satu tau masa exam .. hee

masuk darjah satu . result aku hampeh :)

SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH (2000-2005)
kat sini lak aku habiskan masa sekolah rendah aku . tapi aku still pendek lagi =="

CIKGU ZULIANAH + CIKGU NONI + CIKGU LAWANGSA
-guru BM aku masa darjah satu sampai darjah enam-
even cikgu noni garang dia tetap best
*masa SPM haritu baru aku jumpa cikgu zulianah cause dia jadi pengawas exam :)

TEACHER PAMELA + TEACHER RATNA
-guru BI aku . thanks cause ajar aku yang sangat bodoh bahasa inggeris ni-
aku still ingat how buku aku kena baling cause tulisan yang buruk :)
guys . ingat tak pasal STUDY IS STUDY,PLAY IS PLAY
haha . i wont forget that :D

CIKGU DAYANGKU FAUZIAH
-guru MATHS aku . seyes . aku memang tak pandai maths . hee~ tade heran-
tapi cikgu ni tade giveup ajar aku punya

USTAZAH WAHAINIBI
-ustazah ? mestilah ajar subjek agama kan ?-

CIKGU MADUN + CIKGU SHARUL + CIKGU HAJI
-PJK ! masa yang sangat best ! haha -
thanks gak cikgu2 ni dah bnyak pilih aku wakil sekolah *aku atlet walaupun badan kecik

SIR JULIN
-SCIENCE teacher :) aku selalu wat tak heran je kalau dia ajar . hee~ jahatnya aku-

-FOR ALL SK.BEBULOH TEACHER yang pernah ajar aku-

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN TAMAN PERUMAHAN BEDAUN (2006-2008)
naik sekolah menegah dah and aku masih pendek lagi=="
even masa form 1 aku kesah tak kesah je pasal study 
tapi bila dah FORM 3 aku dah insaf .:)

CIKGU SUZAINA
-cikgu BM aku-
sangat best masuk kelas BM . aku suke ~ sejuk boleh tidur . kah3 

TEACHER LIM + TEACHER SURAYA
-our ENGLISH teacher-
sorry teacher LIM cause we're act like dont want study at that time :)

CIKGU SITI HAJAR + CIKGU IHYA
-dua2 cikgu ni ajar SEJARAH -
cikgu siti hajar one of my lovely teacher :( and sebab tu lah aku sangat suka sejarah


SIR JOHN + PENGETUA (PN HAJAH ROSNI)
-cikgu GEOGRAFI-
aku sangat la suka GEOGRAFI ok ! :)
sayang masa SPM subjek ni takde .

CIKGU JAMIAH+CIKGU HAMIR
-cikgu KH aku(perdagangan)-
cikgu jamiah ni garang jugak . hee~ tapi dia ajar sampai aku faham bab akaun*aku tak suka akaun :(
cik hamir ni cikgu kat bengkel aku . aku suka menggedik dengan dia . kah3

USTAZ ZULHANAN + USTAZ SAYUDI
-ni lah ustaz2 aku yang dh kembalikan aku kepangkal jalan-
haha!
memandangkan aku sangat nakal masa FORM 2 aku pernah kena baling duster ngan USTAZ SAYUDI . hehe *tape ustaz saya chill je . hee~
ustaz zulhanan sangat best masa mengajar . sempoi ! aku suke

TEACHER SURIANA + CIKGU FATIN
-science teacher-
sangat sempoi sehingga aku pandai SCIENCE . hehe

CIKGU JURAIDAH
-guru MATHS yang sangat sempoi-
cikgu ni sangat la BRUTAL dan aku suka . hehe . 
dari aku bodoh MATHS aku terus boleh score A masa first exam lepas dia ajar !
hebat tak aku cikgu ni ? hee


-and FOR ALL SMKTPB TEACHERS. sorry kalau ada yang tak tersebut nama. -

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LABUAN (2009-2010)
lepas PMR walaupun mendapat tawaran SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN aku tetap nak sambung kat SMT.LABUAN . atas jurusan MECHANICAL ENGINEERING STUDIES .
*jangan suprise kalau aku cakap aku tak amik jurusan yang sama kat UPNM .hehe

*SM TEKNIK tempat paling bnyak aku kena denda . hee

CIKGU NORIZA
-cikgu BAHASA MELAYU yang telah memelayukan aku-
aku suka kalau dia mengajar . and sebab dia aku boleh score A BM SPM  .
cikgu ni sangat la baik . and dia cakap lepas je aku suka dengar . hee . comel je :D

MISS SOON
-ENGLISH teacher-
teacher ni sangat susah untuk marah . hee . dia suka senyum :)
and aku pun suka tidur masa kelas dia . haha sorry teacher
*nwy . palui la itu & hahaha so funny . PKM  kamu remember this ? hee

TEACHER ZARINA
-cikgu MATHS yang sangat la lemah lembut-
aku suka kalau dia ngajo . :) lembut je . hehe

TEACHER ARBAIYAH
-cikgu ADDMATHS aku-
seyes aku memang salu failed exam ADDMATHS hee. tapi cikgu ni still tak give up nak ajar kiterwang even kiterwang salu buat dia menangis . sorry cikgu :)
*cikgu aku dapat B for ADDMATHS :)

CIKGU SALEHHUDDIN
-cikgu SEJARAH aku-
aku suka menggedik dengan cikgu ni . dia sangat sweet ok .haha..
masa dia ajar kompom ta ley tido cause kalau dia jerit orang yang ngah sakit jantung dah boleh masuk 7kaki tu aa . :)
*cikgu mana GRAND DORSET aku sejarah A+  hee.

USTAZ SAHLAN
-ni ustaz untuk PAI aku-
aku suka dia ngajo tapii kalu dia cubit memang free2 dapat love bite beb . haha
 best kan ? haha

SIR HERMAN
-cikgu KESAYANGAN  subjek FIZIK kiterwang-
dia memang sempoi je ajar . cam takde je . kalau kiterwang tak hapal memang rasa la kan kena hempuk ngn buku+pembaris . teeet! haha ..cikgu ni memang terbaik ! 
sorry sebab tak dapat A for PHYSICS tapi saya dapat B+ sir . amacam? :)

CIKGU BEDAH + SIR WONG + CIKGU ZAHIDAH
-CHEMISTRY teacher yang sangat bersusah payah na bagi kiterwang pandai chemist-
sory teacher my chemist is D . out of my control . hee~ :)
tula selalu escept kelas Chemist . his3 
tapi aku suka join kelas SIR WONG boleh kumpul bnyak chochoclairs hee~

SIR POUNSIN
-ni our papa! ENGINEERING DRAWING teacher and kekadang ajar THEORY gaks-
sangat cool ye :D

CIKGU OSMAN
-MECHANICAL ENGIEERING STUDIES punya cikgu-
aku suka tengok orang kena marah masa kelas dia .haha :p
sedih sebab teori just dpt B . :(

-FOR ALL SM.TEKNIK TEACHER JUGAK !-


untuk semua GURU yang pernah DIDIK aku THANK YOU SO MUCH !!
i wont forget all of you !
I LOVE YOU TEACHERS !
doakan saya okey :D
SORRY sebab too nakal+malas+degil . HEHE

all of you is THE BEST ! 

and now sebab cikgu cikgu semua aku dah dapat masuk UPNM . :D
thanks again .

and last HAPPY TEACHERS DAY :D

p/s: zaman sekolah is zaman yang sangat best and too sad sebab ta boleh ulang balik .
so what do you think bout my next teacher or pensyarah di UPNM  .heheeh :D

THANKS FOR READING !




Monday, May 16, 2011

serius! aku bengang

assalammualaikum & hali guys .

hm . aku dah lari round rumah 7 kali macam tawaf kat mekah .
aku dah lompat lompat atas atap rumah gaya orang nak bunuh diri .*macam cubaan bunuh diri di KB mall
aku dah makan satu periuk nasi .*kenyang
aku dah jerit jerit macam orang kurang waras


tapi aku masih tak dapat lagi !
mana dia pergi ?? aku dah carik laaaa .. semalam dia datang sekarang dah hilang !

okey ! statement ngek aku kat atas tu hanyalah hiperbola semata-mata .ehe!
korang nak tahu pe benda yang aku bengang tu ?
semalam before aku lelap dan mimpi indah idea seriusly belambak datang . tak tahu nak bebaris plak tu .
so aku tabahkan hati and cuba bersabar ingat nak buat harini .
tapi bila aku dah onn lapy . bukak blogger.com ketuk2 keypad macam tiada hala tuju . aku tenung2 gambar kat dashboard . hmm nak makan sejam jugak aku cenggitu . em . masani plak idea dok lari! ce****(cecite)

aku bengang ! tengok sekarang aku nak update pasai apa?
nasib baik aku bengang ada jugak modal nak menulis sini ! ehe!



THANKS FOR READING !

Saturday, May 14, 2011

cara nak hilangkan kelimumur kat rambut

assalammualaikum & haluu guys .

aha ! sekarang aku dah pandai dah nak mentips2 ni . hee~

sajee ..sharing is caring what . :D

so siapa rambut dia berkelimumur ?
jangan angkat tangan mahupun kaki . aku tak suruh pun . hehe
sengih sengih je k . 

haa! aku ada cara tradisional hilangkan kelimumur kat kepala .
nak tahu camna ? cariklah sendiri
sila jangan hempuk lappy anda .hehe

Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil..

mana aku tahu ?? aku la yang kaji sendiri . hehe ..*ayat serius mintak hempuk

aku dapat dari SINI laa .. hee . gi la usha sana . ada banyak lagi tips tuu ..

haaa . mana2 blog nak aku promote kan blog korang meh sini . aku suka promote blog orang . haha :p




THANKS FOR READING !

sunway pyramid ice skating :D

assalammualaikum & haluu ..

okey ! siapa sini yang tak pernah main ice skating di SUNWAY PYRAMID ?
angkat kaki . ehe !

aku pun mula2 ingat men ice skating ni mahal . tapi lepas duk usha2 harga rupanya boleh tahan la harga dia ni .

ce usha ni  =D
aha .. murah kan ? boleh tahan la .

so siapa yang tak try lagi meh la cuba ..


best ke ? aha! korang rasa la sendiri .

and satu lagi kalau korang nak jadi pemain ice skating yang profesional boleh join kelas dia . haa . 


okeyla .. kiterwang pun nak main jugak ! ehe ..

:D

THANKS FOR READING !


pengalaman sengsara berjam jam :|

assalammualaikum & hey semua .


ada tengok BERITA TV3 tak tadi ?
BERITA TV9 ?
BERITA TV 1 ?
BERITA TAMIL TV 2 ?
BERITA kat ASTRO ceria AWANI ?

korang ada bukak surat khabar tak arini ?
BERITA HARIAN ?
METRO ?
KOSMO ?

ke ada tak berita online ?

hmm . kalau korang ada tengok berita , baca surat khabar or usha berita online bagusla .
GOOD FOR YOU .

pengalaman sengsara ni takde kat mana2 berita . cause dia heboh kat dunia blogger je .. 

tadi pagi aku try bukak blogger.com 
and dia bagi aku ni


okey aku terus gelabah semacam . ingat blog aku dah kena hack atau kena block .
cuba lagi and last aku FADE UP . 

sekali tengok kat FORUM gila ramai cakap takleh sign in blogger !

okey ? sekarang masalh dh pulih tapi yang aku tensen ngat mana pergi entry aku semalam ??
blogger.com tolong jawab  =D

wei .. susah2 aku buat entry tu . hmm . bengang sat ! 

p/s : nk update pa lagi ? idea dah blah tadi . malas nak tunggu katanya . hampeh =="

THANKS FOR READING ! 



Thursday, May 12, 2011

keputusan POLITEKNIK keluar ?!

assalammualaikum & hai semua ..

tadi aku dah buat entry pasal keputusan rayuan IPTA & keputusan UiTM (pra-dip) .<-- klik sana kalau nak tau ..:D

aku lupa nak bagitahu korang pasal keputusan kemasukan POLITEKNIK . sebab ada jugak budak yang tak dapat IPTA tak mahu jugak masuk tingkatan enam . sebab ramai yang cakap tingkatan 6 kena struggle . banda tu semua depends kat korang je :D
nak senang amik diploma . rilek je . :)) kalau nak senang lagi tak payah sambung belajar :)))

keputusan kemasukan ke POLITEKNIK akan dibuka 22MEI2011  ni .. so siapa2 yang teringin masuk sana and dah apply boleh la bukak http://upu.mohe.gov.my .

GOODLUCK !
THANKS FOR READING !

keputusan rayuan IPTA bagi lepasan spm 2010

assalammualaikum & halu readers+stalkers :D

6MEI2011 haritu keputusan UPU dah keluar . aku dapat mana? hee . nak tahu ? TENGOK SINI 
dalam kita happy happy dapat tawaran masuk ke ipta tu ada jugak budak budak lepasan yang tak bape nak lepas . bukan sebab result diorang tak gempak . maybe diorang tercicir ataupun maybe masih belum ada rezeki .
tapi cuba korang usha ni jap .

antara sebab pelajar lepasan SPM gagal ?

 Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain
Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

okey tu kira dalam sebab tak dapat tawaran ke IPTA .
maybe ade yang pilih kursus yang tak sesuai dengan keputusan spm .

so . sesiapa yang gagal dapat tawarn ke IPTA ambilan jun boleh buat rayuan kemasukan IPTA.
siapa yang belum buat meh buat sekarang KAT SINI !
pastikan pilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM korang . so besarlah harapan nak masuk :D

tapi ada jugak budak yang gempak result SPM tak dapat mana2 tawaran . 
sebab munasabab dia aku rasa ni je 
- tercicir 
*kalau buat rayuan dapat la tuu .
-kursus yang korang nak tu dah penuh ngan budak lagi top
hehe . so korang pilih la UNIVERSITI yang tak ramai amik budak top . hehe.

haa . satu lagi . yang keputusan tak seberapa macam aku tu buatlah pilihan DIPLOMA .:D

so dah puas aku bagi tips rayuan kemasukan IPTA .
INGAT !
rayuan hanya boleh dibuat sehingga 16MEI2011

now tanyalah bila keputusan rayuan keluar?
ada yang cakap keputusan rayuan keluar bulan jun nanti . atau mei ni jugak . tak pasti lagi .
tapi keputusan UITM pengambilan pra-diploma boleh buat 25MAY2011 ni . kat email or portal UITM yang pastinya akan sebuk tahap gaban :D

yang aku tahu intake UITM untuk rayuan akan dibuat june@julai .

GOODLUCK KORANG :D
ingat . rezeki ada kat mana2 :)

THANKS FOR READING !





CARA MUDAH DAPATKAN BUFFRED EARNING DARIPADA NUFFNANG .

assalammualaikum & haluu all.

harini aku suka search-search kat google pasal buffered earning  .
and aku nak share kat korang cara mudah untuk dapat BUFFERED EARNING dari NUFFNANG .

alhamdulillah rezeki masih berpihak pada aku sebab aku masih dapat BE .
so aku nak share kat sapa2 yang pernah bernasib macam aku dulu menunggu BE yang tak sampai2 lagi . ehe!

okay . ni aku jmpa kat INI BLOG JAMAL .
credit to him . and say thank you everyone :D

tapii aku tak berani lagik nak copy paste entry orang . so korang pergilah page dia k .. :D

USAHA TANGGA KEJAYAAN :D

THANKS FOR READING !

Wednesday, May 11, 2011

cerita DULU,KINI & SEKARANG !

assalammualaikum & halu guys ..

kalau belum gi join dulu .
dah join ? meh baca entry ni . :D

aku start dengan masalah kenaikan harga gula . sekarang ni semua orang pun sibuk cakap pasal harga gula . babah aku balik keja semalam pun bagitau mama aku harga gula dah naik . *mestilah bagitau kan mama aku berniaga makanan .
tapi kerajaan melarang peniaga naikkan harga kuih . ehe ! tau harga gula naik terys la makcik2 jual kuih ni nak naikkan harga kuih dari 40sen ke 50sen . woo! mahal tu . ehe! nasib baik mama aku ta berniat nak naikkan harga kuih dia . ala naik 20sen je kan ? . hehe .

cuba korang ingat balik . makin lama harga barang dah makin naik kan ? hm . 
dulu 1 sen boleh beli sayur yang segar segar . sekarang 1sen dah tak pakai lagi . nak kena hempuk ke kau beli sayur bayar 1sen . ehe !

kalau harga barang makin naik mesti harga makanan pun akan naik .

kalau dulu ..
masa aku comel2 (macam biasa sekarang pun masih lagi :p) kecik2 aku belanja kat sekolah baru 0.50 . betul? korang ingat aku takley survive ke dengan 50sen tu . aku boleh beli mee goreng satu , air oren satu . perrrgghh ! siap boleh simpan 10sen lagik dalam tabung okey .
yela aku bukan orang kaya yang boleh belanja kat sekolah RM1 sehari . hehe 

sekarang ..
sekarang ni harga barang pun dah naik so harga makanan pun dah naiklah . kuih yang dulu jual 25sen sekarang dah 40sen tau . dulu nasi lemak jual 50sen besar ja . sekarang 50sen punya nasi lemak dah susah nak carik . kalau ade pun punyala ciput ! makan satu tak boleh jadi alas perut ok! . ehhe . budak2 sekarang pun belanja sekolah dah makin tinggi dah . dulu naik sekolah menengah RM2 je sekarang ni sampai rm10 sehari . okey adik aku RM4 je . hehe :D . ada macam2 jenis keropok yang dulu 10sen satu sekarang dah jadi 40sen ke 30sen . (tapi kira okey la . so budak2 takyah makan makanan ringan lagi ) hehe ..

akan datang ..
korang agak lah kan ?kerajaan akan terus naikkan harga barang tak ? hmm . aku rasa macam 'ya' . alah . kalau macamtu semakin susah la hidup nanti . dah la penduduk kat malaysia yang miskin tegar masih ramai lagi . so camna nak realisasikan hasrat negara menaik tarafkan kehidupan masyarakat miskin kat negara ni  ? (wa . aku dah pandai main politik sekarang) ehe !
korang bayangkanlah ek kalau kenaikan harga barang terus berlaku sampai akan datang . fuhhh! mau Rm50 belanja budak sekolah sehari . lepastu nak beli kuih je belanja RM10 untuk dua biji kuih . waa! hidup ke korang macamtu . ehhe .. nak gi tandas je sekarang dah ada naik 50sen . so nanti ramai la yang ada harapan na dapat penyakit batu karang . jangan buat muka pelik(bak kata nabil kan :) ) nampak macam takde kena mengena kan ? cuba korang pikio kalaulah harga nak masuk tandas je sorang RM2 . korang nak masuk ta? aku tak ! gila mahal . haha . so akan ramai la yang tahan air kencing . so ni maksudnya ramailah yang ada harapan besar dapat sakit batu karang . aiss .. nauzubillahiminzalik ! mintak jauh la .. ehhe

so aku harap kerajaan kena PRIHATIN jugak dengan rakyat . bukan semua dari golongan yang mampu . kan ? betul tak adik2 . 

(TOLONG JANGAN SAMAN SAYA . SAYA TAK ADA DUIT NAK BAYAR SAMAN)
hehe .. ni just pandangan aku je .(takut dah ni ) :D


THANKS FOR READING !

jom undi susu kegemaran korang 

Friday, May 6, 2011

rezeki di universiti ........

assalammualaikum & haluu guys .

tepat jam 12 tadi keputusan upu keluar . 
*tarik nafas lega kejap

alhamdulillah rezeki kalini berpihak kat aku and aku dapat jugak tawaran.


serius gelabah gila nak bukak laman web upu.mohe.gov.my . hm takut jugak dia kata aku tak dapat.
takan ketaq ketaq macam nak tecabut jugak nasib baik aku sempat tenangkan diri sendiri . hehe
kalau tak? dah takde tangan aku sekarang . hehe

and ni lah yang aku nampak lepas aku dengan tak sukarela taip num ic .


aku dapat tawaran masuk universiti pertahanan nasional malaysia by asasi pengurusan dan strategi pertahanan . happy? em happy la jugak . tapi dalam happy2 aku sedih jugak .

ramai kawan aku yang tak dapat tawaran .
untuk korang chill la . ta dapat tawaran bukan maksud korang dah ta boleh sambung study . masih boleh buat rayuan lagi ok . kalau tak pun ipts banyak . so smile okey . janganlah down !

congrats pada semua yang dapat tawaran . 
best sebab aku ada kawan nak masuk upnm.
bella | sakinah

aku tau result upu ni tak membanggakan parent aku sangat . aku bukan masuk bahagian profesional pun . tapi tade yang buat aku happy bila tengok parents aku senyum sebab aku dapat tawaran . yela aku bukanlah pelajar cemerlang yang dapat UNIVERSITI GEMPAK . :)

THANKS FOR READING







something weird happen in MALAYSIA!

assalammualaikum & haluu all..

lepas ENTRY INSAF aku malam tadi aku masih lagi ada kat sini :D
alhamdulillah ALLAH still want me be here .

benda pelik yang berlaku kat MALAYSIA ?
apa?


p/s : 20minutes more ! cuak seyh .

SELAMAT MENONTON!
THANKS FOR READING!

Wednesday, May 4, 2011

dapat BE ! THANK YOU SO MUCH NUFFNANG ! :D

assalammualaikum & haluu guys :D

mood : super happy ! 


on JANUARY 2011 , i started to be a BLOGGER .hardcore type. ehe !
and with this FIRST POST ! is started my journey .

with this first HEADER .
kah3 . lawak jeee :D


bila dah mula berblog rasa best gila . sebab semua benda boleh cakap kat sini . semua? tak semua la . 
lagipun aku ni newbie yang hanya kat bawah bawah . orang tak kenal pun. ehe!
 memandangkan aku ni jenis yang suka ngat baca blog orang aku selalu jumpa entry cerita pasal nuffnang . dapat buffered earning la .. and paling best bila aku baca diorang dah cash out nuffnang . wow . dalam hati pun cakap nak jugak !

TAPI ! TUJUAN ASAL AKU NAK BERBLOG BUKANLAH SEBAB DUIT!!
sila paham . ehe . 
tapi memandangkan aku masih student and masih tiada pendapatan aku pun teringin la jugak nak dapat duit dari internet . lagi2 blogging . kira sambil menyelam minum air .

aku dengar ramai je yang belum dapat BE lagi . aku pun rasa tak da harapan la ni nak dapat BE . so aku teruskan blogging dengan tulus dan ikhlas .*nampak insaf tak ? ehe . 

bila aku check shoutbox aku pagi tadi ada satu blogger otai ni BLOG PUCHEH suruh aku check akaun nuffnang . dia kata mybe aku dapat BE . and aku pun terkocoh kacah  (*eiseh) bukak akaun nuffnang and terus check earning



aku nampak ni ! 
terkejut + bersyukur yang amat . cause aku baru blogging 5years month !
syukur alhamdulillah :)
even baru sikit and tak macam yang korang dapat kan aku still bersyukur yang amat . aku harap traffic blog aku akan terus meningkat .

blogger otai cakap BE ni pandai hilang jugak . so aku harap rezeki aku murahla . hehe

eksaited ni :D

anyway THANKS NUFFNANG !

PENGHARGAAN :
thank you so much BLOG PUCHEH ! hey guys lets visit that blog ! 
lucky me :D he is really KIND and tak snobbish lansung ! 

newbie ! aku rasa korang patut visit blog dia and ask anything bout blog to him . dont worry be happy he will never ignore you . ehe !

p/s : tambah semangat nak berblog ni . ehe .. thanks gak pada blogger yang sangat rajin menaikkan traffic light aku . :D .. aku ni eksaited lebih cam orang menang loteri 1juta je . hehe .. bialaaaaa :)

THANKS FOR READING !
if suka datang la lagi . :D


Tuesday, May 3, 2011

TAWARAN TINGKATAN 6 2011 ! confusing :|

assalammualaikum & haluu all .

TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM 2011

as tajuk lah kan.aku dapat tawaran masuk tingkatan 6 .


cam biasa .. tekan gambar untuk tengok tumbesaran !

nak pergi tak ? nak pergi tak ?

hmm fikir jap !


TAK ! ehe .. dengan ini aku IZZATUL HAZWANI BINTI CHEMAN menolak tawaran untuk ke tingkatan enam 2011 atas alasan tertentu :D

pada all kengkawan aku yang terima tawaran tu GOODLUCK yaa :D
beware of dog . keh3 .. *bak kata zizan raja lawak

THANKS FOR READING !



nf