Followers

welcome !

Monday, April 25, 2011

cinta kampung VS cinta bandar ! ini serius .

assalammualaikum & haluuu readers + stalkers !!!

aha.. korang pernah tak terfikir apa perbezaan cinta kampung dengan cinta bandar .
tadi pagi masa otak aku tengah ngek2 aku terfikir na buat entry ni .
meh la kita renung renungkan dan selamat beramal  bersama .
*aku na bagitahu cinta kampung lagi best dari cinta bandar ! :)


CINTA KAMPUNG : bila nak romantik2 sikit boleh la cakap "tiap kali saya tengok bintang saya teringat kaawak . sebab bintang tu bersinar dan cantik macam awak .

CINTA BANDAR : ha . kalau kat bandar nak romantik sikit mesti susah punya . yela bila dduk kat bandar memang susah gile la na nampak bintang kan . malu malu je bintang na tunjuk diri dea . so takkan koarang na cakap kat awek korang camni "tiap kali saya tengok flat depan rumah saya ni,saya teringat kat awak" .memang dah sah2 la awek korang buat muncung 8kaki panjang kan .

lagi ......

CINTA KAMPUNG : kalau kat kampung nak sweet2 sikit boleh la lari2 kat bendang . buat aksi kuak lentang masuk dalam sawah kan ? err .. romantik apa camtu . aha .. lagi lagi kalau ada bukit yang cantik kan? boleh la golek2 atas kebawah . sebab biasa bukit kat kampung tak lah tinggi sangat kan ?

CINTA BANDAR : aha! kalau kat bandar mana korang na men lari2 ? kat HIGHWAY ? ke FLYOVER ?
buang tebiat ke korang na main lari lari kat highway ? ahaha .. ta pun kat taman . banyak je kan taman bunga , taman permainan dekat bandar ni kan . kalau korang ade pakai tracksuit dengan kasut sukan ta pe la na lari lari kejar mengejar ala hindustan tu . tapi buatnye korang time tu pakai heels . yang siap pakai jeans + dress ni . huaa .. korang mesti perasan kan ade mata yang pandang korang dengan muka pelik gila . korang tahu tak ape dalam hati dea ? "pehal la mamat ngan minah ni, tade outfitt na pergi jogging ke?" haha .

pastu part guling2 plak . mana korang na guling2 ? taman permainan? huh! janganla korang buat aksi 18sx kat depan budak budak bawah umur . tapi kalau na extreme sikit boleh la guling atas ke bawah kat genting highlands ke . bukit fraser ke . and mana2 lagi kawasan peranginan yang tinggi tu . mahu beku korang sampai bawah . hahhaa ..

lagi . lagi .lagi ?
ye bawak bersabar perminat . :p

CINTA KAMPUNG : kalau duduk kat kampung boleh la korang cakap cenggini aa dengan aweks or balaks korang "kalau awak rindu saya,awak tengoklah bulan" . hee~ so kalau rindu si aweks or si balaks pun pergilah luar rumah or jenguk2 kepala kat tingkap nak tengok bulan punye pasal kan .. haha

CINTA BANDAR : kalau kat bandar korang ta boleh la kan na  cakap tengok bulan kalau rindu . sebab bapak susah nak nampak bulan kat area bandar ni . aku pun dapat tengok bulan dalam sebulan 2kali setengah je . so korang nak cakap apa pulak kat korang punye aweks or balak ? haa .. cakap cenggini aa " kalau awak rindu saya awak pandang la flyover tu" kan? kan? kan ? suweet apa . tak eh .. naseb la .. hehe .. kalau tak pun suruh dea pandang KLCC . ala ala cerita " apa kata hati " yang ex-boyfriend aku FARID KAMIL belakon tu . hee~

kami nak lagi . kami nak lagi .
(bagi unsur rohaniah sikit)

atas permintaan ramai aku kena jugaklah bagi perbezaan melalui aspek agama . hehehe

CINTA KAMPUNG : susah sikit na buat projek tak maju dengan balaks and awek korangs . ahaaa tau kenapa ? kat kampung ni rumah dekat2 . sampai bergaduh lagi pasal kau masuk tanah aku .eh aku masuk sikit je kat tanah kau . *okey jangan timbulkan kontroversi kat sini please ~ :p . lagipun duduk kat kampung ni banyak makcik wireless tak berbayar . haa. kalau korang carik naya bawak balaks korang balik waktu tade mak bapak korang kira korang sukarela la jadi bahan diorang . ahaha .. sedangkan mak korang beli periuk baru kat pasar malam pun boleh heboh satu kampung kan ? 

CINTA BANDAR : ni susah sikit den nak koba ni aa. kang kena saman pulak kan . hee~ duduk bandar ni banyak manusia buat kerja sendiri . ta tegur jiran sebelah menyebelah . tak kenal pun dorang .. *samela macam aku . aku kenal jiran aku yang bawah sekali tu je . hee~ yang lain kalau terserempak kat tangga akan ku hadiahkan senyuman budget kambing cute . ini bermakna pasangan couple ni senang la na overnight kat rumah couple dea dan melakukan aktiviti diluar tabii tak berfaedah macam tett ! malas nak ulas panjang . hahaha . eh apa apapun KITA KAN SATU MALAYSIA . :)

add on sikit :)

CINTA KAMPUNG : ni buat yang duduk satu kampung la kan .. kalau jadi apa2 macam aweks korang jatuh kerusi yang membawa sakit perut yang teruk boleh la korang naik basikal pergi rumah aweks korang kan ? jalan kaki pun boleh . 

CINTA BANDAR : tambahan yang tinggal jauh ni . awek kat PUCHONG balak kat AMPANG . haa.. nampak cam tak jauh sangat kan ? tapi korang fikir la boleh ke korang naik basikal pergi rumah aweks/balaks korang kalau ade emergency case ? memang tak lah kan ? korang kena pulak naik macam macam kenderaan untuk sampai ke destinasi tu . haa . tambah lagi ngan traffic jam kan ? haha .. sekurangnya kalau naik basikal boleh selamatkan alam sekitar yang semakin tua ni . hee~ *iklan khidmat masyarakat sat .


haa.. sangat panjang entry aku kali ni . ditambah lagi dengan INFO YANG SANGAT 'BERGUNA' . pekejadah?? aha ! :)

alaaa.. dah abis ?
ye dah tamat info mengarut aku . :)

p/s : esok BIRTHDAY MAMA aku .. hadiah dah beli . suprise ? nope . sebab dea dah tahu . hampeh . haha .

iklan tajaan saya
HATI HATI MEMILIH BARANG RUMAH .
*pehalla otak kau banyak ngek malam ni wanie ??
no comment :)

THANKS FOR READING !





Post a Comment

nf