Followers

welcome !

Tuesday, August 6, 2013

SAMPAH REMAJA


assalammualaikum & heyyy world !!

mungkin ada dua hari of Ramadhan yang akan kita jalani before berhari rayaa .. "selamat hari raya.. bla. bla. bla.. maaf zahir batin " 
tapii raya raya jugak , amacam progress puasa kita?? ke kosong je?

"sekiranya kita keluar dari bulan Ramadhan tanpa mengambil sebrang hikmah didalamnya adalah seumpama keluar dari tokong emas, dan kita tidak membawa sedikit emas pun keluar"
maksudnya rugilaaa -.-

andd dibulan puasa ni jugaklaa macam macam kisahh yang aku terbaca, sengaja baca , teringin nak baca, dan mungkin membaca sambil lewa kisah CINTA REMAJA.

im 20 and aku pun rasa aku masih remaja & masih lagi terumbang ambing macam kapal kat laut. takda tapak yang kukuh nak berdiri elok. bila dah stable, kadang kadang goyang jugak bilaa angin yang kuat tiup. hidup .. lumrah ..

cinta budak budak "cinta monyet", cinta zaman sekolah? aku baru baru ni terbaca pasal budak frust tonggeng2 sebab cinta. bila aku tengok tengok semua, laaaa budak PMR . trial pun tak habis lagi masatu . so disebabkan masa aku terlalu banyak yang free, jadi aku stalk twitter beliau ..

stalk.. stalk.. stalk .. ehemm .. hmmm .. laaa ... eee .. errr .. hmmm... whattt? ... ishh .. apabendallaaa..
haa macam macam laa lagi reaksi aku boleh bagi . haha

korang, jangan jadi bodoh sangat kat cinta monyet korang sampai konon hilang harapan hidup laa, tak boleh hidup tanpa dia laa . kemonlaa .. korang terlalu obses! jangan menyesal kemudian hari . percaya cakap aku, bilaa korang dah dewasa, mampu fikir semua dengan lebih logik, korang akan merasa betapa bodohnya korang diwaktu remaja . #serioustalk

aku cakap sebab aku pun pernah lalui . tapi takdelah seteruk hampa.. haha

tolonglaa.. masih banyak benda yang korang perlu kejar selain kejar jodoh kejadah apa yang korang cakap.. muda lagi dik , banyak masa lagi . in shaa Allah kalau panjang umur masih banyak lagi manusia yang akan korang jumpa nanti .

disebabkan aku pun pernah bercinta monyet sekolah dulu, cikgu aku pernah cakap
" kamu jangan ingat kamu akan syg dia selamanya macam yang aku fikir, masuk universiti nanti lagi banyak lelaki/perempuan yang lebih baik kamu akan jumpa"
annddd aku rasaa betul apa yang cikgu aku cakap. tak salah sikit pun .
mungkin ada yang bercinta dan kekal sampai kahwin, then bagus untuk mereka. tapi sangat sikit percentagenya. dalam sepuluh maybe 2 sahaja.

aku rasaa macam eee kejadahhlaa korang ni, bilaa aku baca tweet2 ada orang nasihat, dia and the gang sibuk jugakk berlawan2 .. ayat standard mereka "dosa dia, dia yang tanggung" , "susahkan mak bapak kau ke". "jaga tepi kain sendiri" & macam2 lagi sampai aku rasa nak nasihat pakai kaki . seriously

kira beruntung ada orang nak nasihat. tak sukaa benar aku tengok budak budak yang sangat sakai and semua benda nak show off .. -..-

*biasalah budak baru nak up (orang cakap)

ingatkan diri sendiri balik, bukan nak bash org semata . kita manusia . kadang iman naik, Alhamdulillah . kadang iman menurun, Astagfirullah .. dunia akhir zaman, semua benda tak elok nampak seronok, ibadat nampak membosankan.

berusaha menguatkan diri, sikit sikit usaha pun tak apa dari takda lansung .
*sikit sikit lama lama jadi bukit . taknk jadi bukit, nak jadi lebih baik ! hee

semoga yang lalu (yang buruk) dapat merubah kamu menjadi yang lebih baik dimasa kini dan hadapan kerana jika kamu sedar, masa lalu tidak mempunyai apa apa kuasa terhadap kamu .
sesungguhnya ALLAH menutup aib aib kamu :)

p/s: aku bersyukur adik adik aku bukan manusia jenis macamtu. kalau tak, aku agak mereka dah makan kaki babah aku!



                                                               THANKS FOR READING !




1 comment:

MiaBelina said...

ak bagi org kau x nak!!!hahahaha

nf