Followers

welcome !

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Monday, January 2, 2012

tragedi yang ku alami semasa new year #seriussadis

assalammualaikum & hey readers..

semalam 01.01.2012 kita dah masuk ke tahun yang baru . so semua pun dah pasang + setting azam masing masing kan . haa . pesanan aku setting azam anda elok2 yaw .. pastkan semua azam korang tu free from virus . :) azam aku ? pergh tanya tanya lak . hehe .. biarlah rahsia . bajet kan ? biarlah . 

ceramah + santai bersama germs countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam . siapa pergi ? angkat tangan kawan sebelah . bagus . ALHAMDULILLAH .. sekurangnya korang dah pilih tempat yang betul . ehe ! aku ? sadis . tak pergi pun . tapi tak pe . credit to iluvislamradio.com sebab diorang dah buat siaran lansung pogram tu . walaupun line agak menghampakan dan sekat2 aku tetap jugak nak dengar . *cepat puji . waa baiknye kauu .. hehe .. gurau !

tapi yang sadisnye duit aku hilang ! fine . even bape puluh hinggit je tapi sangat sadis kat situ ye. aku dah dengan niat paling suci + ada debu debu sikit duk libry nak study memandangkan final exam dah dekat kan *saje nak bagitau nampak cam educated sikit . study punye study . layan maharajalawak mega akhir kejap lama . tak sedar pun sang pencuri dah culik duit aku kat lam beg yang aku letak dengan sopan kat rak kat bawah . sedar2 malam tu dompet aku dah kosong . aku nak sedih sangat pun tak boleh jugak . sian kat ayah aku jelah . lari sopan sikit bajet die tuk aku . hehe .. *sorry babah :) bukan rezeki aku . nak wat cane. kan? kan? kan? cakap ye cepat !!

korang . korang . korang . ! peperiksaan dah duk kat sudut tu haa .. *exam around the corner! esok 3hb jan 2012 aku dah start exam final sem . so doakan aku yaww .. 

tajuk tu takyah nak tragedi sangat ek ! :)

p/s : hard for me to forget something that have made too many moments with me. #pressure

THANKS FOR READING !



Monday, December 26, 2011

kesan makan durian . #take note

assalammualaikum & hey korang .

DURIAN . peh sape tak kenal korang dah boleh pindah dari malaysia ni . ehe! omputih pun kenal durian tu amende . sekarang ni aku rasa tengah musim durian sebab banyak je durian tetepi jalan tu kena jual . nak wat ayat sikit 'jalan sikit je asik tersepak durian' nak menggambarkan betapa banyak nye durian yang tengah kena jual sekarang . *walaupun agak hambar perumpamaan tu.

siapa tak suka makan duriannn ?? angkat jari jari telujuk sikit . baik! untuk praktis tahyat . bagus2..  ade je yang tak makan durian . sebab ? ramai yang cakap tanak makan sebab bau die . aku setakat ni tahan lagilah dengan bau die . tak ada masalh dengan aku . tapi adik aku tak leh hidu bau durian . die akan menghadirkan sintom sintom mengandung kata adik aku . err muntah2 lah maksudnye . haha

aku ? penggemar makanan . eh silap . durian ! aku dengan akak aku memang gila durian . er maksudnye suka makan durian . even bukak durian dari start azan zohor sampai ayah aku balik dari masjid pun durian tak terbukak lagi .*hampeh

tapi bukan tu main point aku. hihi .*cam bajet je ayat. (introduction 3 paragraph tuuu) 
aku makan durian sesorang haritu . sebijik durian dengan beriban riban ulas kat dalam tu aku telan seorang . ye agak tamak kat situ . -.-
aku sedap sedap makan ni sampai tak fikir kesan tepi (side effect) .
tapii bila..
seminit selepas makan ..
30minit selepas makan..
31minit lepas makan kesan tepi kian terasa. *pergh ayat
kepala rasa sakit gila . badan rasa naik panas . waa
aku dah agak dah ni( hati berkata2) *dh agak asal makan banyak lagi . 
nampak sangat kehampehan kat situ . 
aku buat rilek lagi . buat cam takde apa apa jadi . profesional . kena pandai kawal keadaan .*err ade kena mengena ke? masa  tidur kepala aku berdenyut2 . pergh boleh tahan 7.6 sekala ritcher jugaklah denyutan tu.dan masatu aku dah agak dah magrain akan menyerang dari arah barat . aku duk guling2 satu katil dengan air mata yang agak terkawal *ensem kan.untuk menahan sakit . dalam hati boleh tahan menyesal jugak sebab tamak :p
memang LENA lah tidur aku malam tu -.-

lepas peristiwa serangan magrain tu aku dah kurang sikit nafsu nak makan durian . keinginan nak makan tu ade . tapiii . ase malas . *alasan3 .. hahaha .. aku rasa maybe masatu tak kena time kot nak makan durian . yeah . mybe :)

so korang walau cane pun rasa cinta kasih sayang korang kat durian, beragak lah sikit bila makan tu ye :)

p/s : 14days . answer me .
THANKS FOR READING !

Tuesday, December 20, 2011

when things getting hard .

assalammualaikum & heyy .

sangat bertahun dah tak buka blog and update benda pelik pelik . sebab ? mestilah aku akan guna jawapan yang menunjukkan aku ni pelajar cemerlang like haa aku busy lah . banyak assignment kena buat. study lagi. final dah dekat . hehe .. 

haa . cakap pasal final exam kan. lagi 2 minggu pelajar UPNM akan menghadapi FINAL EXAM. so goodluck semua membe membe ku . study lah elok elok kang tak boleh jawab exam . *err nasihat tuk diri sendiri yang dah banyak main.

tapii . masa nak dekat exam ni lah kepala mengada ngada nak pikir banyak benda lain. *even dah lama terpiki saje nak buat die jadi satu cite yang ade kena mengena, okey sambung . naik sakit kepala aku. kalau aku kata aku nak jawapan siapa boleh bagi ? err bukan jawapan untuk exam ek . 

tengok ! aku pun dah mengarut entah pape dah . haih . nak siap pergi kelas . babaiii :D

p/s : orang boleh berubah. faktor ? tempat dan masa . then aku kenalah terima perubahan tu :)

THANKS FOR READING ! 



Monday, October 10, 2011

ANWAR HADI = lecturer BUSINESS MATHS

assalammualaikum & hey korang .. :D

hari ISNIN . hari yang paling aku tak suka kalau kat zaman sekolah dulu sebab waktu terasa panjang dengan perhimpunan pagi bagai . *sebab selalu kena tahan :|

hari isnin . kelas finance batal sebab clash kelas dengan senior . so kena bagi jugak senior guna kelas . okey . tak pe . kami bahagia . sementara tunggu kelas business mathematics aku lepak kat library . eh . STUDY kat library . ehe.

masuk je kelas business maths di aras 4 dah ada satu lecterur baru yang menggantikan lecterur lama kiteorang yang sedang menunaikan haji .(ALHAMDULILLAH) :D .
die orang kedah . tengok loghat pun dah tau . aku dah rasa macam ANWAR HADI yang sedang mengajar business maths tu . haha .. die agak agak muda dan agak agak hensem jugak . so maknanya aku takkan ponteng kelas pasni . hahaha :D

new lecterur kembar anwar hadi ni agak best jugak cara die ajar . yang paling best masa kelas die kiterorang dibenarkan makan . pergh ! terbaik . nak bawa MCD , nasi lemak  ke kelas pun boleh . DIBENARKAN . hebat kan lecterur kiterorang ..
*pasni aku nak bawak stok makanan dalam kelas , boleh buat majlis sekali .

point of the story : bila aku dengar lecterur ni mengajar serius aku terbayang anwar hadi yang mengajar kat depan .

p/s : anwar hadi anwar hadi jugak assignment kena siapkan ! dush .

THANKS FOR READING !



Sunday, October 9, 2011

kampung ?

assalammualaikum & hey ..


I MISS MY HOMETOWN .
 duh ! rindu gile kat kampung , wp.labuan.

rindu kat masakan yang 'pure' kampung . tak sabar nak balik ! :(

tahu . banyak gila dah berubah kat sana . rumah pun dah kena tambah + tukar sana sini . aku je yang tak tengok lagi . sedihnye . banyak lagi barang aku kat sana . barang barang kenangan . hee :D

rindu kat sekolah aku . sk.BEBULOH , smk. taman perumahan BEDAUN , SM.TEKNIK LABUAN . dush! rindunyee .. *i miss to be school girl actually .

rindu nak lepak kat pantai .. duh . as korang tahu or tak tahu labuan ni merupakan sebuah pulau yang kecil .*cam baca kat buku kan ayat tu. so kalau pulau fo sure keliling tu adalah pantai. 
pantai favourite : pantai batu manikar labuan . memang best kalau lepak sane . :D

aku rindu segala makhluk yang ada kat sana . :D
rindu kawan kawan aku :')

p/s: too many 'sweet' & 'bad' memories there :D

THANKS FOR READING

Friday, October 7, 2011

topik : kelas batal !

assalammualaikum & heyy korangs .

TOPIK : KELAS BATAL !

okey ! aku tahu kalau korang dengar jep ayat ni mesti macam macam reaksi yang ada kan ?
ada yang akan lompat2 happy macam menang duit beriban. ada yang konon sedih . ada yang senyum senyum sengih sengih cam kambing dengan harapan boleh gi dating . ada yang frust sampai hantuk hantuk kepala kat dinding (wah melampau) .

reaksi aku ? 
bajet cool keluar kelas dengan hensemnya  .. 

kalau dah kelas batal macam macam aktiviti lah yang korang akan buat kan ?
ada yang terus pergi makan macam tak boleh makan lepastu . ada yang dengan pantas jumpa awek/pakwe . ada yang jumpa lecturer ( cam aku :p) ada yang balik bilik terus tidur (yang ni hampeh) sebab berkemungkinan dia aku tuang kelas seterusnya . haha . ada jugak yang lepak kat library buat assignment or group discussion . *haa samalah cam aku . 

yang baik semua aku . hahah . ! :D 

haip ..! ada jugak kelas batal terus balik bilik onn lappy 'update blog' .. errr =="

-entry tak de motif melainkan nak bagitau korang aku lansung takde kelas arini-

p/s : adakah tidur menjadi pilihan ?

THANKS FOR READING !


Wednesday, October 5, 2011

kawan vs lawan + masalah = TENSION !

assalammualaikum & hey korangs . 

MAAF ! INI ENTRY PENUH KEKEJAMAN !


dah sebulan aku duduk kat UPNM untuk semester 2 ni .. kerja ? assignment ? haa . boleh tahanlah . subjek pun agak tough daripada sem satu .  masalah kat sini ? lagi sangat tough !
*nampak tension kat situ . 

apa perasaan korang kalau 'kawan' yang korang rapat before ni tikam korang ?
(tak kisahlah tikam depan ke belakang ke tepi ke)

nampak persoalan tu ? 
korang rasa persoalan tu ade kena mengena tak dengan aku sekarang ?
jawapan : MEMANG !! SANGAT KENA MENGENA . *perlu ke font besar tu ? =="

aku pun tak tahu apa masalah 'dia' sampai tak puas hati dengan aku . banyak je cerita yang aku dengar . awal awal boleh lah buat relaks (hensem kan ? kena cool jep) tapi bila dah lama2 ais pun boleh cair . aku tak tahan  dah ! geram gila ase . aku nak je sepak 'dia' . biar sedar sikit ! dush .. marah ni ....

selama ni orang cakap buruk buruk pasal 'dia' aku senyap siap backup 'dia' lagi . aku rasa cam BODOH je sekarang . sedih . serius sedih . tension kot . ! tak pernah aku rasa tension + sakit hati camni selama aku masuk sini . 
TAHNIAH KEPADA ANDA YANG BERJAYA MELAHIRKAN PERASAAN MARAH NI :D

nampak? betapa baiknye aku siap bagi penghargaan kat 'dia' hahaha ..

tak perlu kot aku mention nama 'dia' kat sini . aku belum jahat sangat sampai nak buat camtu .

kalau ade perasaan tak puas hati cakaplah depan depan . insyaAllah kot boleh selesai elok2 . aku tahulah aku ni boleh tahan bengong jugak . maybe ade terasa kat aku .

"a REAL FRIEND will never tell SOMETHING BAD about you to others in whatever situation"
*siap bagi friends quotes lagi .

- tapi bila jadi benda camni aku sedar la jugak mana kawan mana lawan mana haram -
XD

p/s : kalau aku bukukan cerita yang 'dia' buat untuk aku sure tebal buku tu . kalau jual for sure laku .

THANKS FOR READING !
hate hypocrite .
*tetibe




WORDLESS WEDNESDAY

assalammualaikum & hey . :D





:)



THANKS FOR VIEWING. :p

Monday, October 3, 2011

sebab perempuan sukar untuk meluahkan perasaan .. :D

assalammualaikum & hey guys .. :D


bila usha2 kat tenet saya jumpa ni .

"Diriwayatkan bahwa setelah Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam, para Malaikat bertanya kepada Adam "adakah engkau menyukai Hawa?" Adam menjawab "YA" . Mereka bertanya kepada Hawa,"adakah engkau menyukai Adam?" Hawa menjawab "Tidak" . Padahal, cinta Hawa lebih besar daripada cinta Adam terhadapnya. Kemudian Hawa menunjukkan kebalikan dari apa yang ada di dalam batinnya. Para malaikat berkata "Seandainya seorang wanita benar benar jujur dalam mencurahkan cinta kepada suaminya, nescaya dulu Hawa akan berkata jujur ..
"Barangkali,itulah yang menyebabkan kaum wanita enggan menyatakan cintanya kepada laki laki, padahal mereka sangat mencintainya"


pe cakap ? syahdu tak ? heheh :D 


p/s : nak masuk majalah remaja  cam blog kawan saya jugak . :p


THANKS FOR READING !

Wednesday, September 28, 2011

macamana kalau ?

assalammualaikum & hey .


MACAMANA KALAU SEKARANG NI BLOG KORANG TENGAH DI'STALK' SOMEONE ?

nampak persoalan tu ? hehe .. :D


p/s : otak kering idea kosong .. penat. penat. penat ! 

THANKS FOR READING .

Tuesday, September 27, 2011

dia dah datang ....

assalammualaikum & hey korangs ..


walaa .. dah lama gile tak hapdet kat sini .. dah usang blog ni .. hehe
dah busy laa .. study+assignmnt bagai ..*nmpak? pelajar cemerlang :p
lagipun sekarang boleh hapdet sebab kat blok srikandi ni dah ade line tenet .. :D

bila dah lama tak kua cite kat sini maksudnye banyak jugaklah cerita yang tak terluah lagi . haha
aku cite satu satu lah ek . *macam ade orang nak tahu kan !

KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TPM 2011

haa .. bnda alah berlansung sepanjang 15.09.2011 - 20.09.2011 kat time square,kuala lumpur .
team SILAT UPNM join tournament ni and ALHAMDULILLAH UPNM johan keseluruhan . sedih jugak sebab aku bukan one of yang sumbangkan pingat kat team .. hm . *game yang sangat worst ! :(
its okey .. aha ! nak say congrats kat pemenang2 pingat :) 
annnd . satu lagi, one of my senior dah dapat pesilat terbaik antara IPTA masa  piala TPM ni .. yeah ! say congrats to NM NASRON IZZAT .. bangga jep cikgu2 silat aku dengan diorang2 ni .. 
aku ? hampeh ==" ..
*next game aku nak yg terbaik ! insyaallah

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 1

okey . yang ni lak nak cite pasal result exam yang dah keluar .. result aku ? mestilah 4flat . hehe
xdelah .. tapi ALHAMDULILLAH result yang baik jugaklah . dapat jugak 3.5 keatas .. thanks kawan2, lecterur .. :D tapi ni cite untuk sem 1 .. sem 2 tak tahu camne lagi . heheh :D
dahlah seminggu ponteng kelas sebab tournamnt .. *tengah berusaha nak cover balik 


p/s : nak buat keja yang tak siap2 ni dulu .. 

THANKS FOR READING !



Tuesday, May 24, 2011

follower ? ehmm . :|

assalammualaikum & hey . 

FOLLOW then UNFOLLOW .
dah dua kali jadik kat BLOG aku . okey !

asal ek ? tak kisah kalau dia tak suka the way aku berblog . tapi tinggal2kan lah wasiat sebelum pergi . kan ? sekurangnye pe yang kurang ditambah . 

ke UNFOLLOW sebab aku tak FOLLOW dia balik ?

biarlah .. siapa aku nak sruh orang follow . kualiti entry pun tah pape !

THANKS FOR READING !

Wednesday, May 18, 2011

BLACKBERRY USERS ! -read this!-

assalammualaikum & hey korangs .

-entry pendek-
tekanan perasaan kejap sebab follower punya side disappear tetibe :|

pada semua BLACBERRY USER atau nama moden dia BB yang tak tahu gi more about blackberry

see in action guys ! :D

yang teringin nak ada blackberry pun boleh usha sana gak !
jangan menyesal :)

THANKS FOR READING !

NUFFNANG vs ADVERTLETS -wajib tahu-

assalammualaikum and haluuu korangs ..



VS


ramai user NUFFNANG yang dah nak bertukar ke ADVERTLETS sebab BE dah tak masuk2 or lama dah tunggu BE tapi tak dapat dapat jugak . okey! chill out bebeh :D

aku lak NUFFNANG user and so far so good . even ta banyak sangat la dapat iklan mCPM tu tapi kira okey la . berblog bukan sebab tu . hanya sampingan :D

and ada jugak yang cakap NUFFNANG tak kisah kalau kita letak iklan ADVERTLETS kat blog sebab kira diorang ni kamceng ! and now aku nak cakap FAKTA ITU SANGAT TAK BETUL . hee~

aku dah hantar tiket wayang ke NUFFNANG tentang masalah tu and NUFFNANG jawab cenggini aa

"amboi..banyak cantik hang ingat kiterwang adik beradik + sepupu sepapat ! ta boleh . jangan nak memandai aaa" 

haha ! tadelah .. NUFFNANG cakap cemni aa

"Kindly be informed that Advertlets is our competitor and will affect your Glitterati membership should their ads are found in your blog."

soo ade paham adik2 . akak2 . abang2 :D

NUFFNANG ke ADVERTLETS sukahati korang la k :D


p/s : if korang nak join nuffnang.com boleh KLIK SINI :D

THANKS FOR READING !
selamat berbelog 




Saturday, May 14, 2011

cara nak hilangkan kelimumur kat rambut

assalammualaikum & haluu guys .

aha ! sekarang aku dah pandai dah nak mentips2 ni . hee~

sajee ..sharing is caring what . :D

so siapa rambut dia berkelimumur ?
jangan angkat tangan mahupun kaki . aku tak suruh pun . hehe
sengih sengih je k . 

haa! aku ada cara tradisional hilangkan kelimumur kat kepala .
nak tahu camna ? cariklah sendiri
sila jangan hempuk lappy anda .hehe

Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil..

mana aku tahu ?? aku la yang kaji sendiri . hehe ..*ayat serius mintak hempuk

aku dapat dari SINI laa .. hee . gi la usha sana . ada banyak lagi tips tuu ..

haaa . mana2 blog nak aku promote kan blog korang meh sini . aku suka promote blog orang . haha :p




THANKS FOR READING !

sunway pyramid ice skating :D

assalammualaikum & haluu ..

okey ! siapa sini yang tak pernah main ice skating di SUNWAY PYRAMID ?
angkat kaki . ehe !

aku pun mula2 ingat men ice skating ni mahal . tapi lepas duk usha2 harga rupanya boleh tahan la harga dia ni .

ce usha ni  =D
aha .. murah kan ? boleh tahan la .

so siapa yang tak try lagi meh la cuba ..


best ke ? aha! korang rasa la sendiri .

and satu lagi kalau korang nak jadi pemain ice skating yang profesional boleh join kelas dia . haa . 


okeyla .. kiterwang pun nak main jugak ! ehe ..

:D

THANKS FOR READING !


pengalaman sengsara berjam jam :|

assalammualaikum & hey semua .


ada tengok BERITA TV3 tak tadi ?
BERITA TV9 ?
BERITA TV 1 ?
BERITA TAMIL TV 2 ?
BERITA kat ASTRO ceria AWANI ?

korang ada bukak surat khabar tak arini ?
BERITA HARIAN ?
METRO ?
KOSMO ?

ke ada tak berita online ?

hmm . kalau korang ada tengok berita , baca surat khabar or usha berita online bagusla .
GOOD FOR YOU .

pengalaman sengsara ni takde kat mana2 berita . cause dia heboh kat dunia blogger je .. 

tadi pagi aku try bukak blogger.com 
and dia bagi aku ni


okey aku terus gelabah semacam . ingat blog aku dah kena hack atau kena block .
cuba lagi and last aku FADE UP . 

sekali tengok kat FORUM gila ramai cakap takleh sign in blogger !

okey ? sekarang masalh dh pulih tapi yang aku tensen ngat mana pergi entry aku semalam ??
blogger.com tolong jawab  =D

wei .. susah2 aku buat entry tu . hmm . bengang sat ! 

p/s : nk update pa lagi ? idea dah blah tadi . malas nak tunggu katanya . hampeh =="

THANKS FOR READING ! 



Thursday, May 12, 2011

keputusan POLITEKNIK keluar ?!

assalammualaikum & hai semua ..

tadi aku dah buat entry pasal keputusan rayuan IPTA & keputusan UiTM (pra-dip) .<-- klik sana kalau nak tau ..:D

aku lupa nak bagitahu korang pasal keputusan kemasukan POLITEKNIK . sebab ada jugak budak yang tak dapat IPTA tak mahu jugak masuk tingkatan enam . sebab ramai yang cakap tingkatan 6 kena struggle . banda tu semua depends kat korang je :D
nak senang amik diploma . rilek je . :)) kalau nak senang lagi tak payah sambung belajar :)))

keputusan kemasukan ke POLITEKNIK akan dibuka 22MEI2011  ni .. so siapa2 yang teringin masuk sana and dah apply boleh la bukak http://upu.mohe.gov.my .

GOODLUCK !
THANKS FOR READING !

keputusan rayuan IPTA bagi lepasan spm 2010

assalammualaikum & halu readers+stalkers :D

6MEI2011 haritu keputusan UPU dah keluar . aku dapat mana? hee . nak tahu ? TENGOK SINI 
dalam kita happy happy dapat tawaran masuk ke ipta tu ada jugak budak budak lepasan yang tak bape nak lepas . bukan sebab result diorang tak gempak . maybe diorang tercicir ataupun maybe masih belum ada rezeki .
tapi cuba korang usha ni jap .

antara sebab pelajar lepasan SPM gagal ?

 Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain
Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

okey tu kira dalam sebab tak dapat tawaran ke IPTA .
maybe ade yang pilih kursus yang tak sesuai dengan keputusan spm .

so . sesiapa yang gagal dapat tawarn ke IPTA ambilan jun boleh buat rayuan kemasukan IPTA.
siapa yang belum buat meh buat sekarang KAT SINI !
pastikan pilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM korang . so besarlah harapan nak masuk :D

tapi ada jugak budak yang gempak result SPM tak dapat mana2 tawaran . 
sebab munasabab dia aku rasa ni je 
- tercicir 
*kalau buat rayuan dapat la tuu .
-kursus yang korang nak tu dah penuh ngan budak lagi top
hehe . so korang pilih la UNIVERSITI yang tak ramai amik budak top . hehe.

haa . satu lagi . yang keputusan tak seberapa macam aku tu buatlah pilihan DIPLOMA .:D

so dah puas aku bagi tips rayuan kemasukan IPTA .
INGAT !
rayuan hanya boleh dibuat sehingga 16MEI2011

now tanyalah bila keputusan rayuan keluar?
ada yang cakap keputusan rayuan keluar bulan jun nanti . atau mei ni jugak . tak pasti lagi .
tapi keputusan UITM pengambilan pra-diploma boleh buat 25MAY2011 ni . kat email or portal UITM yang pastinya akan sebuk tahap gaban :D

yang aku tahu intake UITM untuk rayuan akan dibuat june@julai .

GOODLUCK KORANG :D
ingat . rezeki ada kat mana2 :)

THANKS FOR READING !





CARA MUDAH DAPATKAN BUFFRED EARNING DARIPADA NUFFNANG .

assalammualaikum & haluu all.

harini aku suka search-search kat google pasal buffered earning  .
and aku nak share kat korang cara mudah untuk dapat BUFFERED EARNING dari NUFFNANG .

alhamdulillah rezeki masih berpihak pada aku sebab aku masih dapat BE .
so aku nak share kat sapa2 yang pernah bernasib macam aku dulu menunggu BE yang tak sampai2 lagi . ehe!

okay . ni aku jmpa kat INI BLOG JAMAL .
credit to him . and say thank you everyone :D

tapii aku tak berani lagik nak copy paste entry orang . so korang pergilah page dia k .. :D

USAHA TANGGA KEJAYAAN :D

THANKS FOR READING !

nf