Followers

welcome !

Tuesday, June 7, 2011

APA YANG DAH SEDIA ?

ASSALAMMUALAIKUM & HEY korang .

sihat ? alhamdulillah . hee
anda mau rock ? (teringat lak lawak kumpulan JAMBU)

sekarang ni aku rasa semua budak IPTA kemasukan 2011 dah lama mula kuliah .
(kecuali budak budak tajaan JPA & pelajar IPTS kemasukan sesi JULAI & budak POLITEKNIK + ILKA ) and aku rasa banyak2 IPTA hanya pelajar UPNM 2011 je belum mulakan kuliah .
okey . buat pengetahuan korang yang na tahu pasal UPNM (manatau teringin na masuk kan) pelajar UPNM yang diberi tawaran sebagai pegawai kadet sedang mengikuti TUNAS WIRA 2011 . 
macam macam aktiviti yang agak tough la jugak yang diorang kena buat . yela . nak latih diorang jadik askar tu . hehe . memang sad sebab aku bukan one of them , tapi SYUKUR jugak sebab aku dapat jugak tawaran masuk ke UPNM sebagai pelajar awam . and aku akn daftar masuk sana 24jun2011 ni . 
*2 WEEKS LEFT okey !

persediaan sebelum masuk UPNM ?
hahah . aku siap pergi bercuti lagi . hehe .. :D
aku adalah beli barang sikit2 . yang dah ada kat rumah rasa ta yah beli la kot . masuk beg bawak gi sane je . yang paling ta ley blah kiterwang kena photostat setiap salinan tu 7 keping ! rasa okey lagi kot daripada pegawai kaet kena photostat sampai 20 keping untuk setiap salinan . haha :D

MINGGU ORIENTASI ?
kalau pelajar UITM dulu sebuk dengan MINGGU DESTINASI SISWA (MDS), pelajar UPNM pulak akan sebuk dengan MINGGU HALUAN SISWA . 
*say NO to RAGGING  . kah3 

lepas 3hari duduk dalam minggu haluan siswa tu kiterwang pun insyaallah akan mula berlajar .
hope sangat aku boleh catch up pe yang dia ajar memandangkan aku ni agak lembab .*agak lah . haha

paling ta boleh blah aku kena belajar subjek AKAUN dalam jurusan pengurusan dan strategi pertahanan . OK ! AKU MEMANG MINAT GILA TAHAP GABAN SUBJEK TU !(tangan ke dada mata juling comel ke atas) haha .
aiss! hope senang je la benda alah tu . :D


k r ! pada BAKAL BAKAL PELAJAR UPNM 2011  GOOD LUCK ! :D




THANKS FOR READING !

Monday, June 6, 2011

yesterday

assalammualikum & hey ..

fuh ... TRAFFIC BLOG  MERUNDUM dengan ganasnya .. huh !
*tekanan sekejap ..

YESTERDAY !

baru je balik dari BERCUTI di PULAU PINANG .
penat ? sangat ! tu yang hentam tido sampai tengahari tu . (em selalu pun tidur sampai tengahari jugak) hee~
best ? not bad la .. tapi agak TENSION jugak bila kena duduk dalam keta for an hour sebab jam ! sedangkan tak jauh mana pun lagi na sampai hotel . huh!
kat sana ? hm . MAKAN JE LEBIH . pastu round KOMTAR . dapat sekeping dua keping baju+seluar .
BUKIT BENDERA ? perrghh !
aku tak pergi .. huh! ta sempat pulak la .. sebab bercuti pun semalam je . :'(

k tu je . hehhe byee

THANKS FOR READING !

Saturday, June 4, 2011

GUY ! READ THIS .

assalammualaikum & hey .

aku jumpa benda ni masa aku usha2 kat google.com
ramai yang dah buat pasal ni . tapi aku rasa aku pun na buat .
bukan sebab tade idea . tapi aku rasa korang patut baca :D

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.





THANKS FOR READING !

Friday, June 3, 2011

lets say THANK YOU to NUFFNANG . i got 1 more :D

assalammualaikum & hey ..

dapat satu lagi iklan mCPM dari NUFFNANG !

happy ? of course laaaa ..


walaupun traffic agak down tapi still dapat iklan dari NUFFNANG !

so . sesiapa yang rasa before ni tak yakin lagi dengan NUFFNANG daftar kat NUFFNANG sekarang !

:D

p/s : what a BAD DREAM !

THANKS FOR READING !

nf