Followers

welcome !

Sunday, December 15, 2013

SERIOUS




kalau hati mampu menjerit .

pasti .

sumpah aku rindu . 


senyuman jangan fikir aku gembira 100%

syukur kerana masih ada yang mahu buat aku ketawa.

bukan tidak bahagia atau gembira.

cuma terasa ada kurangnya .



bukan lari . masih disini . cuma langkah yang diorak berbeza.

rindu . hanya tu yang aku mampu .

---------


aku tahu kebahagiaan yang kau rasai . senyummu .
alhamdulillah :)
selagi ada senyum diwajahmu, aku tahu kau bahagia.

semoga Allah melindungi kamu .


maafkan aku. yang rindu masa lalu



Monday, December 2, 2013

all is well :)

"tuhan berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu
aku percaya ada hikmahnya, 
disetiap dugaan yg ku terima
berapa kali harus aku teruka
barulah kan ku sedar cintaku tidak layak untuk dirinya
mengapa masih aku setia disisnya
tidak ku menegerti tidak ku fahami"
-bila hati berbicara (lagu)

" aku tahu ini semua tak adil
aku tahu ini sudah terjadi
mau bilang apa , aku pun tak sanggup
air mata pun tak mau menitis
jujurlah sayang aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati "
-sandiwara cinta (lagu)

kekadang ada lagu yang macam bagi heart shoot kat kita . kebetulan :D

"aku kuat, training hari hari kenalah taough sikit"

haha ayat yang selalu aku cakap, memang agak drama sikit. tapi itulah kenyataan.

dalam hidup kita kena jadi kuat, sebab? tu je pilihan yang kita ada .

KENANGAN? memang nampak simple. nampak yang bahagia happy happy ja.
tapi bila kenangan memang tinggal kenangan, tula benda yang paih susah nak adapt.

takpa, kalau ikhlas buat something dan yakin Allah akan bagi ending yang baik in shaa Allah kita boleh hadap .

tak semua apa yang kita harapkan kita dapat . right? takpaa :) ingat jaa, banayyyyaakk lagi nikmat lain yang Allah bagi . kan ?

" EVERYTHING IS GONNA BE ALRIGHT "
kuat sikit , sabar sikit . in shaa Allah okay :)


takpaa . as long as aku boleh tengok anda, and orang orang yang aku sayang happy . oklah tu .
:)


-------------

untuk buddies, standard laa dalam hidup kita ni ada masalah, dalam persahabatan pun sama . standard laa gaduh2 . tapi aku harap setiap yang jadi tu tak merosakkan persahabatan kita .
korang tau ? aku kuat sebab korang . selain family aku .
:)





Wednesday, November 27, 2013

maaf .


tiada kata selain maaf yang terlintas .
aku nampak keikhlasan dan kesungguhan tu .
semua mahukan bahagia . aku pun sama .
silap aku .
no effort mybe .

maaf .
bukan sengaja . kalau boleh nak lakukan semua seperti dari zero .
supaya tiada apa yang boleh dikenang .

tiada siapa yang mahu sengaja hadir dalam hidup kita ni .



----------------------------

berusaha patah balik, bangun dan pandang belakang . tengok siapa ada nak tolong bangkitkan .
dan ada, try untuk take step dekat dengan yang sabar menunggu .

tapi kadang2 terasa akan yang dihadapan berhenti belari dan tunggu kita saingi .

aku sendiri keliru .






Friday, August 30, 2013

sebelum terlambat


assalammualaikum & hey worlds !!

dah agak terlambat .. tapii bolehlaa sebelum terlambat -.- yelaa sebelum august habis kan .. hee 


----------------------

PENGUNGUMAN ! PENGUNGUMAN! 
siapa yang punya anak bilang aku.. bla.. blaaa

haha .. PENGUNGUMAN 11AUGUST2013 haritu  merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke 20 . birthday laa kiranyaa ... masatu rayaa keeeeeee 4 tak silap . tak silap laa . aku pun dah lunpe .. yang penting aku raikan birthday aku dengan kesyukuran pada Allah .. ngeh3 ... sambut makan makan dengan family je since buddies aku semua ada kat keyeeelll masatuu ! so tiada moment hari jadi dengan mereka untuk tahun ni . ok tahun lepas pun takde . -.- sangat sedih . haha

oklah bukan nak cakap pasal tu je . yang penting bila dah sampai umur macam ni aku baru rasa macam "waaaa aku dah besar!!" err ye aku tau aku pendek besar ketepi je(mengembang) mksud aku besar umur, yeah besar .. errr you know what i mean . erghh . rasa sekejapnya masa berlalu . macam semalam aku kecik lagi golek2 kat lumpur, main lari2 depan rumah dengan kazen mazen, main lumba basikal ...etc waaa rindunyaa zaman budak2 !!! 

sekarang aku dah rasa wahh aku kena matang lagi ni . tak boleh dah nak gedik budak2 . heh ? -.-
macam tak berubah jee . sama je sentiasa bagi reaksi yang mintak sepak di muka berkali kali .. 
huh k fine ........


tapi tapi tapi ! walau camne pun aku, camtu la aku . jahat kejam .. semua aku :(( *ttbe
akuuu pun ada plan dalam hidup aku. 


  • habiskan degree kat UPNM dengan result yang gempak mempak -.-
  • passtuu apply kerjaaa yg bagus2. macaammmm ehmmm , tak pikir lg 
  • kalau tak dapat kerja dlm masa yang terdekat aku nak apply  ijazah pendidikan, nak jadi cikgu u olss .. ( bukan apa, bolehlaa aku tunaikan impian mama aku nak anak dia seorang jd cikgu, ada masa banyak dengan family + suami + anak + etc -.-, and satu lagi boleh cari saham diakhirat :) )
  • kahwin? mybe dalam 5-6 tahun lagi .. in shaa Allah 25tahun nanti kalau ada jodoh kawin laa . kalau takda, in shaa Allah jodoh kat akhirat nanti . :)
yang penting aku nak buat mama babah aku senyumm sampai telingaa dulu tengok kejayaan aku, pastu nak bagi kesenangan kaw2 kat diorang . in shaa Allah . kalau ada rezeki ..


hmm .. dah besar camni, semakin besar tanggungjawab kita, kann ? semakin banyak masalah besar yang kita hadap . yelaa semakin besar seseorang itu semakin besar dugaan hidupnya. tapi akuu boleh tahan kecik lg ! pendek! *cuma kembang sikit .........ok byk -.-


in shaa Allah, day by day aku boleh jadi semakin baik. hadap semua benda sekental2 yang mungkin. semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku, keluargaku dan rakan2 ku . in shaa Allah Aamiin .. tq Allah bagi aku kehidupan seindah ni :)

dengan ini aku nak ucapkan a lot TERIMA KASIH untuk semua manusia yang terlibat dalam pentas kehidupan aku. sebab setiapa apa yang jadi melibatkan korang mengajar aku untuk terus hidup. tak kiralah apa watak korang dalam hidup aku . just THANKS :D


dulu *suci murni je nampak

sekarang *macammmmm hmm   XD



THANKS FOR READING !


 

Tuesday, August 6, 2013

SAMPAH REMAJA


assalammualaikum & heyyy world !!

mungkin ada dua hari of Ramadhan yang akan kita jalani before berhari rayaa .. "selamat hari raya.. bla. bla. bla.. maaf zahir batin " 
tapii raya raya jugak , amacam progress puasa kita?? ke kosong je?

"sekiranya kita keluar dari bulan Ramadhan tanpa mengambil sebrang hikmah didalamnya adalah seumpama keluar dari tokong emas, dan kita tidak membawa sedikit emas pun keluar"
maksudnya rugilaaa -.-

andd dibulan puasa ni jugaklaa macam macam kisahh yang aku terbaca, sengaja baca , teringin nak baca, dan mungkin membaca sambil lewa kisah CINTA REMAJA.

im 20 and aku pun rasa aku masih remaja & masih lagi terumbang ambing macam kapal kat laut. takda tapak yang kukuh nak berdiri elok. bila dah stable, kadang kadang goyang jugak bilaa angin yang kuat tiup. hidup .. lumrah ..

cinta budak budak "cinta monyet", cinta zaman sekolah? aku baru baru ni terbaca pasal budak frust tonggeng2 sebab cinta. bila aku tengok tengok semua, laaaa budak PMR . trial pun tak habis lagi masatu . so disebabkan masa aku terlalu banyak yang free, jadi aku stalk twitter beliau ..

stalk.. stalk.. stalk .. ehemm .. hmmm .. laaa ... eee .. errr .. hmmm... whattt? ... ishh .. apabendallaaa..
haa macam macam laa lagi reaksi aku boleh bagi . haha

korang, jangan jadi bodoh sangat kat cinta monyet korang sampai konon hilang harapan hidup laa, tak boleh hidup tanpa dia laa . kemonlaa .. korang terlalu obses! jangan menyesal kemudian hari . percaya cakap aku, bilaa korang dah dewasa, mampu fikir semua dengan lebih logik, korang akan merasa betapa bodohnya korang diwaktu remaja . #serioustalk

aku cakap sebab aku pun pernah lalui . tapi takdelah seteruk hampa.. haha

tolonglaa.. masih banyak benda yang korang perlu kejar selain kejar jodoh kejadah apa yang korang cakap.. muda lagi dik , banyak masa lagi . in shaa Allah kalau panjang umur masih banyak lagi manusia yang akan korang jumpa nanti .

disebabkan aku pun pernah bercinta monyet sekolah dulu, cikgu aku pernah cakap
" kamu jangan ingat kamu akan syg dia selamanya macam yang aku fikir, masuk universiti nanti lagi banyak lelaki/perempuan yang lebih baik kamu akan jumpa"
annddd aku rasaa betul apa yang cikgu aku cakap. tak salah sikit pun .
mungkin ada yang bercinta dan kekal sampai kahwin, then bagus untuk mereka. tapi sangat sikit percentagenya. dalam sepuluh maybe 2 sahaja.

aku rasaa macam eee kejadahhlaa korang ni, bilaa aku baca tweet2 ada orang nasihat, dia and the gang sibuk jugakk berlawan2 .. ayat standard mereka "dosa dia, dia yang tanggung" , "susahkan mak bapak kau ke". "jaga tepi kain sendiri" & macam2 lagi sampai aku rasa nak nasihat pakai kaki . seriously

kira beruntung ada orang nak nasihat. tak sukaa benar aku tengok budak budak yang sangat sakai and semua benda nak show off .. -..-

*biasalah budak baru nak up (orang cakap)

ingatkan diri sendiri balik, bukan nak bash org semata . kita manusia . kadang iman naik, Alhamdulillah . kadang iman menurun, Astagfirullah .. dunia akhir zaman, semua benda tak elok nampak seronok, ibadat nampak membosankan.

berusaha menguatkan diri, sikit sikit usaha pun tak apa dari takda lansung .
*sikit sikit lama lama jadi bukit . taknk jadi bukit, nak jadi lebih baik ! hee

semoga yang lalu (yang buruk) dapat merubah kamu menjadi yang lebih baik dimasa kini dan hadapan kerana jika kamu sedar, masa lalu tidak mempunyai apa apa kuasa terhadap kamu .
sesungguhnya ALLAH menutup aib aib kamu :)

p/s: aku bersyukur adik adik aku bukan manusia jenis macamtu. kalau tak, aku agak mereka dah makan kaki babah aku!



                                                               THANKS FOR READING !




Monday, July 15, 2013

-LOST-



betul .. :) 

disebabkan perangai bodoh sendiri, mentah tak pandai bawa diri macamni la jadinya.
terlalu ikut hati dan tak fikir kesan mesan dia . padan muka kat muka sendiri pakai kaki 


headshot! kalau pakai peluru betul, dah mati berlumuran darah dah..

tak suka bila mulut tak mampu terangkan, mata sibuk bicara

langkah yg selama ni diatur proper, terpesong sedikit dan disebabkan keterlaluan dalam melangkah tu hilang semua benda yang perlu dijaga . mungkin mereka tak tahu sebab dan kenapa . tapi salah 100% nampak salah tu kat kau . jangan salahkan orang lain , sebab kau yang mulakan .

bila hilang satu benda yang kau sayang disebabkan satu benda yang tiada apa makna untuk kau, rasa sangat tidak berbaloi . tapi tulah, pendek akal. otak Allah bagi elok2 taknak pakai . sombong. 

memang.. memang kau tak layak lansung untuk dia . siapa kau? siapa dia?
biarkan dia pilih jalan bahagia dia . 

p/s: how could i be strong? it just .. hmm.. im sorry for what i've done . no promises but i will .. 

Sunday, July 14, 2013

Peringatan-Nya


betul . Allah nak buka mata aku .
bila orang tegur selama ni aku buat taktau, buat memain . sebab ikut hati sangat semua benda jadi macamni.
salah kau buat semua orang sekeliling kau sakit hati .
kalau bodoh, jangan nak tunjuk sangat . tapi ni tak tunjuk pun dah nampak

kawan, kau bagi aku pilihan yang jawapan dia tak akan berubah . 
maaf lah. aku tak boleh kawan dengan jenis kau . aku tak reti .
sudah cukup buddies aku dan mereka untuk aku . 



----------------


manusia, jangan suka sangat , sebab kesukaran dan kesedihan sentiasa tunggu kita.
jangan ikut hati, nanti mati orang cakap.
nope ! tak mati lagi . tapi sebabkan ikut hati, kau hilang orang orang yang kau sayang .
padan muka sendiri.

bila orang tegur, tanda mereka peduli. jangan tunggu mereka senyap. takut sendiri tercari cari.


-----------------

kawan tak memaksa kau lakukan sesuatu yg memetingkan diri mereka. mereka buat untuk kau 



p/s: Thnaks buddies . thanks brother .. sorry anda ..... it will not happen again . in shaa Allah







Thursday, July 11, 2013

2nd POST -HILANG- #NotaRamadhan

Asslammualaikum & heyy yawww...

Amacam first day puasa? Ada okay? Rasanyaa semua pun tengah eksaited lg kan . 
Tengok jemaah terawikh pun kemain ramai .. eerr ce tengok bilaa 15 hari terakhir puasa, tengok2 imam ngn satu line saf jee .. JANGAN! Haha .. tu namanya hangat hangat tahi ayam .. bersyukurlaa jadi manusia dari jadi ayam . Haha .. lagi satu, kan best kalau tengok jemaah reramai cmtu utk setiap solat fardhu . Solat WAJIB! *notetomyselftoo :)
——————

HILANG

Hilang mengikut kamus dewan kampung aku maksudnya GONE .

siapa pernah kehilangan? hilang? terhilang? buat buat hilang? err atau korang sendiri yang hilang? haaa
diaa macam lagu kehilangan by siapa tah yang "hidup tanpa ada kamu aku gila" cehh, dah kena tinggal tak gilaa pun -.-  yeye jee lagu dia ni ... ok abaikan .

apa rasa bila hilang something dari diri dan hidup kita? 
rasa kurang? kosong? (najwa latif) sedih? pedih? perit? atau parit mungkin -.-

sedihh kan bilaa orang yang sangat close dengan kita jadi orang yang asing tiba-tiba.
sedih? ce nanges sikit . heeee

 google cakap jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal semua ditangan tuhan.. betul3 .. so kita kena percaya yang setiap apa hilang ada gantinya. mungkin dari kehilangan laa kita belajar
belajar matang, belajar menerima, belajar paham and belajar perbaiki diri
manusia pergi tinggalkan kita ada baannyyaaakk sebab, dan salah satu sebab yang besar adalah sebab diri kita sendiri .. *kenapa hilang something tak boleh ajar kita memasak ek? huhu, kalau tak aku dh pro dah.

" Manusia takkan tahu betapa pentingnya sesuatu itu dari hidup mereka sehingga mereka kehilangannya"

cukupp untuk malam ni . kalau nak ikut kepala dan hati banyak lagi yang aku nak share kat sini, tapi wat lek wat kool, selebihnya kita share dengan yang Maha Mendengar ok ( ALLAH s.w.t)

jangan sampai hilang IMAN
in shaa Allah :)

p/s: adik aku cakap, dia dah tau apa punca selalu mengantuk bilaa dia study, sebab dia selalu salah baca doa . baca doa tidur masa nak study .. -..- nice sister 

THANKS FOR READING!

Tuesday, July 9, 2013

1st POST -BERSYUKUR- #notaRamadhan

Assalammualaikum & heloo world !





"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN"
1432hijrah . *betul ke tak ek ? haha

selamat berpuasa dan beramal kepada muslimin dan musliman. sesungguhnya bulan RAMADHAN adalah bulan yang pernuh dengan BARAKAH dan ianya adalah bulan yang baik dari bulan yang lain .

in shaa Allah, dalam bulan ni bolehlaa kitaa berebut rebut nak dapatkan ganjaran Allah yang Maha Pemurah tu . Alhamdulillah jugak dipanjangkan unur jumpaa lagi dengan Bulan ni .. soo korang.. puasa bersungguh-sungguh okay .. kejar akhirat lagi sungguh dari kejar dunia :)
*peringatan untuk aku jugak


Perkara yang perlu diPerbanyakkan dibulan ramadhan selain sedekah dan ibadat ibadat sunat
  • istigfar
  • syahadah
  • doa

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSYUKUR

dalam hidup terlalu banyak nikmat yang Allah dah bagi tapi kita lupaa & sombong sangat nak ucap syukur .
syukur YA ALLAH atas kehidupan yang kau berikan ..

ALHAMDULILLAH sebab aku diberikan keluarga .
aku bukan dari keluarga orang kaya pun. hidup kiteorang sederhana. makan dan minum makanan yang biasa. cuma sekali sekala bila rezeki Allah beri lebih, dapatlah makanan luar biasa sikit :)
tapi aku masih bersyukur ada babah, mama, kakak & adikadik seperti mereka. 

dulu waktu kecil, tak paham erti pengorbanan dan kesusahan, suka sangat request macam2. tak dapat merajuk.. haha . bila dah semakin besar(membesar? :O) aku baru paham erti susah nak cari rezeki nak tanggung keluarga. aku baru tau pengorbanan besar mama, babah aku . 

ALHAMDULILLAH sebab aku diberikan buddies .
since aku bukanlah manusia yang sangat ramah dan pandai berkawan, mana yang aku kenal itulah kawan aku. buddies? yes . aku ada buddies. Diorang lah yang banyak mencorak hidup aku sejak aku kenal diorang, yang buat hari hari aku. dulu aku was was dengan perkataan kawan . bukan aku takde bestie sebelum ni, ada .. cuma diorang jauhh .. *Labuan baq ang . kat sini, buddies aku ni laa yang jadi teman aku bilaa aku gelak cam haree, nangis sampai takda air mata. dengan diorang aku rasa ringan dari masalah, bahagia macam terbang -.- Allah baik sgt sebab hadirkan diorang dalam hidup aku.

ALHAMDULILLAH atas semuaa yang dah jadi dalam hidup aku Allah :D
tak kiraalah yang manis pahit masam kelat, semua pun TERIMA KASIH .
sebab, apa yang jadi kat aku, ada hikmah dia yang kenkadang aku sendiri tak sedar . 
dugaan untuk kuat. kegembiraan untuk motivate! 

yeahh !
semogaa dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk aku dan mereka2 untuk menghabiskan dan beramal sepanjang bulan ni. in shaa Allah




p/s: agak panjang baq ang, yang baca trimas gozaimas .. err cam lain macam je . haha

THANKS FOR READING !


Thursday, June 27, 2013

hidup umpama game


assalammualaikum & heppy alls ..

happy? aha ... not really .. macam2 ada dalam fikiran . tapi i choose to smile anywy :)

pernah tak rasa yang hidup kita ni macam main game..
bila semakin lama main, semakin tinggi level dia, semakin tinggi level, semakin susah jugaklah ..
semakin kita dewasa dan umur meningkat semakin banyak dugaan, cubaan yg kita kena hadap .

pernah tak rasa give up bilaa main satu level ni yg susah gila nak lepas?
macamtu jugak hidup, kalau rasa dah taktau nk buat apa and terlalu sakit untuk tahan mesti ada rasa nak give up ..

tapi kemonlaa.. Allah bagi ujian untuk kita lagi kuat.. bukan untuk give up . 
Allah tak suka hamba dia yang mudah berputus asa.

bilaa kita rasa down, cuba ingat balik kenapa kita beratahan untuk 'up' selama ni .
jangan jadikan ujian yang sedikit tu merosakkan masa depan kita.

hidup ni proses pembelajaran. hari2 kita belajar .
"hari hari belajar, hari hari berlatih"? haha -.-

setiapa apa yang jadi cuba cari apa pengajaran yang kita perlu pelajari . 
smile, senyum, gelak selagi kita bernyawa .

unjian Allah nak buat kita lagi dekat dengan dia. 
jangan sebab ujian dia sikit je pukul kau, kau terus berpaling dari dia .
tak boleh beb . 

apa yang aku belajar? tak semua apa yang kita inginkn tu kita akn dapat . 
ingat ! perancangan Allah itu AWESOME :)

"sekiranya ini ujian, berikanlah kami kekuatan untuk bertahan,
sekiranya ini takdir, berikan kekuatan kepada kami untuk redha"

doaa, ALLAH tu maha mendengar dan maha penyayang :D



THANKS FOR READING !

Sunday, June 2, 2013

bacaa..


assalammualaikum & hello worlds . :D




lamaa tak post. baaannnyyyaaakkk je act nak cerita kat sini . tapii ? takda masa aih nak taip .. heee .. naip kat twitter boleh plak . ye dok? heee ...

semalammm ada org cakap "tepuk tangan sebelah tangan takkan bunyi" ce try.. bunyi tak ? haha .. 

bukan taknak jadi partner utk tepuk tangan sekali . 
tapi still tak berani .. masa lama lagi :D

minta maaf yer :)
aku doakan kau jmpa yang lagi baik .. 
ikhlas by, mmbe kau yg hensem dan comel ni . 
kuang3 :D





Friday, April 19, 2013

why you no longer :|

as salam . hayylooo :DD

dah lama dah tak mengupdate blog . busy? tak pun . haha . banyak je benda nak ditulis tapi malas nak menaip .. kuang3 .. memang pemalas .. ni pun teringat nak update sebab semalam ada orang tanya pasal blog aku . ada reader? :O haha


sekarang tengah cuti 1minggu mid sem . buat apa? takda buat apa pun. huhu .. bosan? iyoo .. sangatt .. 
assignment, study? haha .. dua2 tak jalan .. balik cuti ni dahla ada bannnyyyaaakkk test, quiz . padan muka aku .. assignment plak kena submit dah lagi berapa minggu .. japg balik UPNM busy training bagai .. memang terbaikk .. padan muka sendiri lah camtu . haha 

baiklah ! kuatkan azam . siapkan assignment cuti ni juga .. ada 3 hari lagi .. lets go baby -.-

p/s: sekarang enset senyap je .. banyak mesej dari maxis -.- andaaaa..........


Tuesday, February 5, 2013

let me introduce you


asslammualaikum & hey u olls :)


yeayy ! cutii .. hahah .. dah lama cutinyaa baru nak bagitauu.. 
aku dah ada kat wp. labuan tercinta sekarang . yeah ! kampung halaman .. nak dekat betahun jugaklah aku tak balik . tapi still.. tak banyak perubahan pun :) ohh yee.. sekolah rendah aku dah berubah . maju .. haha.. dulu aku sekolah memang betul2 kampung laa .. kampung2 pun best jugakk !

haa .. bukan nak cite yang tu.. nak cite yang ni haa.. 
aku dah ada adik ! adik ! yee .. adik kecik .. haha .. alhamdulillah mama aku selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel . tapi dah lama lahh .. hahaha .. bulan 7 tahun lepas . budak tu dah nak masuk 5bulan :) 


ni diaa ..  

nama dia? Aisyatul Hanna bt Cheman  . cantik tak nama aisyah tu ? haa .. tu ilham nama dari seseorang .. pas aku fight2 dapat jugak nama tu .. ngeh3 .. 
comel kan dia? ofkoslaa ! macam kaka dia yang ni .. kuang3 .. dengar yang lagi 3 tu mesti jeles .. huh!

dia saannnggaatt comel .. tapi lasakk .. mybe sebab mak aku nak anak laki kot masa mengandung tuu tu keluaq kasaq sikit .. hmm bagus bby .. GOOD JOB .. akak mu yang ni sokong ! hahahhaa


apa yang aku harap as kakak yang comel ensem bijak berwawasan cuba untuk menjadi solehah, aku harap adik aku ni membesar dengan kasih sayang yang cukup .. cukup? lebih okeh .. haha . and aku harap jugak die membesar dalam agama islam yang sempurna . in shaa Allah .. jadi anak yang solehah tauu .. jangan rosakkan diri sebab ikut dunia ni .. tak kemana dik :) ingatt mama,babah, akak2 kau yang awesome ni sayang sangat kat kauu .. ALLAH pun always ada . dont worry be happy .. 

and noww ! kiteorang dah ber-5 .. yeyay ... and semuaa gegirl u ollss.. haha .. aku jelah tak berapa nak girl kot -.- 


okey done . sesi perkenalan .. 


P/S : congrats utk awak jgak leftenan muda :)

THANKS FOR READING ! 



Tuesday, January 29, 2013

chasing and being chased


assalammualaikum w.b.t & selamat petangg u ollss :)


"chasing and being chased"

kadang kadang dalam hidup antara kita ni pernah ada dalam situasi camni.

bila si A kejar si B, tapi si jugak di kejar oleh si C . dia jadi cam triangle . 
dia jadi susah untuk si A sebab dia ditengah tengah. antara dua pilihan. 
terus kejar si B ?
atau
berhenti kejar si B and biar tertangkap oleh si C ?

pelik2 kan .. sangattt -.-

tapii .. si B kena tauuu, sejauh mana pun si A belari kejar awak, kalau awak tak toleh kat dia, dia pun pandai penat tauu .. sedangkan berjalan pun penat apa lagi belari kan ? :)

habis untuk mengarut di waktu petang . 

p/s: 4hari lagi d-day anda. GOODLUCK ! ^^

THANKS FOR READING !

Sunday, January 27, 2013

yes , me :)


assalammualaikum & heyy

for my imam to be  ..



and .and .. aku sangat sukaa couple bawah ni . irma hasmie & suami :)
sangat sweet and jelez kot tengok diorang . 
rasa nak kawin .. hahaha .. dush diri sendiri .. *gatal 






Saturday, January 5, 2013

just saying : thank you Allah

assalammualaikum n evening peeps ..
wah2 dah nak dekat pukul dua dah kann .. haa akuu jadi burung hantu dikala nak exam n test .. memandangkan jadual exam aku tak bagi can pun kan aku nak rest sat2 so aku pun merajinkan diri untuk menstudykan diri .. wuhuuu .. bajet budak pandai2 baq ang .. hahah

nwyy .. i just want to thank Allah for what he give me :) Alhamdulillah a lot :))) thanks for giving me this feeling... jangan biarkan aku lalai and lupaa kauu bilaa aku gembira :')

kalimah Allah n solat tu penenang hati & pelembut jiwa :) *macam tebalik je ? O.o haha !

aku tak perfect walaupun aku cakap bekenaan agama, banyak lagi yang baik dari aku .. tapi aku cubaa untuk jadi yang terbaik :D in shaa Allah ..

sambung study balik . KENEGARAAN MALAYSIA -.-

THANKS FOR READING ! ( via mobile)

Thursday, January 3, 2013

Dia dan pen

Aku ada satu pen kesayangan .. Banyak banyak pen yang menarik, aku pilih yang tu jugak . Sebab ? Aku pun taktau . Sebab aku selesa kot .. Yela nak tulisan yang cantik kena ada pen yang selesa kan ? :)

Aku sukaa sangat dengan pen tuu . Sayang? Ye kot .. Dia macam half of my life .. Bilaa orang lain pinjam, berat hati nak bagi .. Bila orang pakai tanpa izin rasa jelous sangat .. Aku pun tak tau ...pen je pun -.-

Smpai satu hari aku dah ada perasaan takut nak hilang pen tu . Walaupun aku ada pen lain . Tapi tu pen biasa ja .. Tak sama dengan pen tu .. Aku takut kalau pen tu hilang atau misplaced .. Then orang lain yang jumpa dan pakai pen tu ..  :'(

Aku jadi paranoid . Aku jadi risau . Aku jadi nak pen tu selalu ikut aku .. Tapi mana boleh.. Tak semua tempat perlukan penggunaan pen.. Kan ?

Tapi bilaa aku fikir fikir balik aku sedar yang pen tu bukan totally aku punya . Bukan aku yang buat . Dan bukan aku orang pertama yang pegang dia :')

Orang cakapp .. Walau jatuh ke hilang mana mana pun pen tu kalau dia memang hak kita milik kita mesti kalauada orang jumpa dia akan pulangkan balik atau kita akan jumpa sendiri .. Tapi kalau takdir cakap pen tu bukan kita punya tapi belongs to orang lain camna pun usaha kita jaga dia, usaha kita dekat dengan dia, dia tetap akan hilang :')

Kekadang nampak macam keras n kuat tapi bilaa dalam satu hal dia jadi lembik dan cair . Macam nescafe 3 in 1 . Dalam paket solid, bila letak air panas dah cair :) 
Kekadang diri teroveract .. Terlupa .. Maafkan sayaa .. :)

Genggam laa apa pun sekuatnya, bilaa dah penat kita lepaskan jugak..

P/s : klau saya terus berdoa agar pen tu menjadi milik saya boleh?

Thanks for reading (via mobile)

nf